Friday 5:37 pm, 18th June 2010
Undi Lagu Di Ten Ten Ten Hot FM ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Undi Halimunan nyanyian Nabil dan Penyelamat Cinta nyanyian Liyana Jasmay & Aizat di Menu Muzik, Hot FM, Ten Ten Ten! Layari laman web Hot FM untuk mengundi lagu-lagu ini. Cadangkan juga lagu-lagu terhangat Alibi Music di segmen ini juga!
Senarai Lagu Terhangat Alibi Music untuk dicadangkan:
AMPM (DynDa)
HALIMUNAN (Nabil)
DARI JAUH (Nabil)
UNTUK DIA (Sleeq)
RUANG KEDUA (Marsha & Julian Cely)
TIC TAC TOE (Ezlynn)
PENYELAMAT CINTA (Liyana Jasmay & Aizat)
ADINDA (Lah Ahmad)
CINTA KOSMIK (The Fabulous Cats)
INDAH (Atilia)
SAYANG (Dayang & Marcell)
BISIKAN RINDU (Han)
Popularity: 1%
Friday 3:16 pm, 18th June 2010
Request Lagu Di Ops Hits Era ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Pastikan lagu-lagu kegemaran anda juga lagu-lagu terhangat Alibi Music dimainkan di radio ERA. Anda boleh menghantar permintaan melalui laman web Era, SMS, Twitter serta Facebook. Hantar permintaan Ops Hits Era anda sekarang!
Senarai Lagu Terhangat Alibi Music:
AMPM (DynDa)
HALIMUNAN (Nabil)
DARI JAUH (Nabil)
UNTUK DIA (Sleeq)
RUANG KEDUA (Marsha & Julian Cely)
TIC TAC TOE (Ezlynn)
PENYELAMAT CINTA (Liyana Jasmay & Aizat)
ADINDA (Lah Ahmad)
CINTA KOSMIK (The Fabulous Cats)
INDAH (Atilia)
SAYANG (Dayang & Marcell)
BISIKAN RINDU (Han)
Popularity: 1%
Friday 11:25 am, 11th June 2010
Alibi Music Showcase mendapat “Standing Ovation” ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Setelah kejayaan mengadakan konsert Alibi Kosmik yang lalu bagi memperkenalkan keluarga dan jenama Alibi Music, kini mereka mengorak setapak lagi dengan mengadakan showcase di No Black Tie. 2 buah showcase telah diadakan di sana bagi memberi peluang kepada artis-artis dibawah naugan Alibi Music mengadakan persembahan secara live di sana.
Pada showcase yang pertama Alibi berjaya menghimpunkan 7 penyanyi wanita di atas pentas No Black Tie tempoh hari. Alibi Music Showcase diteruskan lagi dengan persembahan daripada artis-artis lelaki Alibi Music. Showcase 24 Mei 2010 bermula jam 9.30 malam. Artis yang terlibat ialah: Nabil, Awal Ashaari, Lah Ahmad, Imran Ajmain, Adeep The Fabulous Cats,dan Sleeq.
Showcase ini bukan saja bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penyanyi baru untuk mengadakan persembahan secara live seperti Awal Ashaari dan Natasha Hudson, malah ia lebih kepada mewujudkan kembali senario persembahan artis berbayar setelah lama industri kita disogokkan dengan persembahan atau konsert secara percuma. Jarang ada syarikat rakaman di Malaysia yang berani untuk membuat persembahan secara berbayar. Dengan adanya siri showcase ini ia dapat menghargai hasil kerja dan karya anak tempatan itu sendiri, Jika persembahan dari artis luar negara seperti Indonesia penonton sanggup untuk membeli tiket dengan harga yang tinggi dan penaja berebut untuk menaja, sudah tiba masanya Alibi Music menjadi pelopor kepada siri persembahan/konsert berbayar seperti ini.
Rata-rata penonton berpuas hati dengan persembahan pada malam itu. Dengan hanya RM35.00 mereka dapat menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada barisan artis lelaki Alibi Music. walaupun dibuat dengan berskala kecil, namun ia dapat menarik minat penonton dengan persembahan seleksi lagu-lagu popular. Persembahan diiringi oleh The Red Quartet Band – diketuai Chow Ken Chung daripada ICOM (International College of Music).
Sleeq diterbangkan khas dari Kota Singa untuk membuka tirai persembahan pada malam itu, aksi comel dan ceria dari Sleeq membuatkan penonton tidak melepas pandang setiap aksi mereka diatas pentas. Memperdendangkan 3 buah lagu, 2 buah single mereka Cun Saja dan Untuk Dia dan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Craig David Seven Days. Penonton juga teruja dengan persembahan pertama Awal Ashaari apabila menyampaikan lagu Biar Bulan Bicara dan LOVE termasuk single terbarunya Memori, gelaran seorang pelakon dan pengacara hampir tidak kelihatan pada malam itu apabila Awal bernyanyi dengan penuh bersahaja. Begitu juga dengan Adeep daripada kumpulan The Fabulous Cats, ini adalah kali pertama beliau beraksi secara solo, ternyata ia tidak mengecewakan sehingga ada yang menyarankan Adeep untuk membuat album solo! Tampil dengan lagu Jerat, You’re My Everthing dan Whenever, Whereever, Whatever persembahan Adeep sungguh mengujakan.
Imran Ajmain, Lah Ahmad dan Nabil tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebagai antara penghibur senior pada malam itu, penonton larut bersama lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka sendiri. Imran tampil dengan lagu; Yang Ku Perlu, Jika Engkau Pergi, Dancing With My Father , Lah Ahmad; Ikhlas Tapi Jauh, We Are in love dan Adinda. Manakala Nabil yang baru saja membawa pulang 2 anugerah di The 11th Pan Asia Music Competiton di China menyampaikan lagu Halimunan dan Dari Jauh serta If You Leave yang dipopularkan oleh Musiq Soulchild (duet bersama Marsha) dan A Song For You nyanyian Donny Hathaway.
Paling menarik persembahan beramai-ramai menyanyikan lagu I Care About You nyanyian asal Milestone. Walaupun mereka menghadiri sesi latihan yang amat singkat dan terhad namum mereka dapat mempersembahkan lagu itu penuh penghayatan dan paling penting penonton turut teruja dengan menyanyi bersama-sama mereka. Sesungguhnya persembahan pada malam itu mendapat “Standing Ovation” daripada penonton malah ada diantara penonton menjerit nama-nama artis kesayangan mereka untuk mengadakan persembahan sekali lagi!
Dengan kejayaan kedua-dua showcase ini, Alibi Music telah bercadang untuk mengadakan persembahan showcase secara berbayar ditempat yang lebih besar. Nantikan kemunculan artis-artis Alibi Music. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.metamobile.com.my dan www.noblacktie.com.my
Popularity: 1%
Thursday 5:56 pm, 3rd June 2010
[video] Alibi Music Showcase 2010 – No Black Tie ditulis oleh Metamobile 7 Komen
![[video] Alibi Music Showcase 2010 - No Black Tie [video] Alibi Music Showcase 2010 - No Black Tie](http://blog.metamobile.com.my/wp-content/uploads/2010/06/blog_post_3jun_02.jpg)
Saksikan himpunan video sepanjang Alibi Music Showcase 2010 yang telah diadakan di No Black Tie.
Popularity: 1%
Thursday 5:04 pm, 3rd June 2010
Nabil & Sleeq di Youth’10 ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Nabil dan Sleeq telah berpeluang menemui remaja-remaja ceria di Karnival Youth’10 minggu lepas. Karnival remaja terbesar ini telah diadakan pada 28 hingga 30 Mei 2010 di PWTC, Kuala Lumpur. Nabil dan Sleeq diundang ke gerai Gua.com.my pada hari terakhir Youth’10 untuk sesi bertemu peminat dan juga mengadakan persembahan. Mereka telah mendendangkan lagu Halimunan (Nabil), Cun Saja dan Untuk Dia (Sleeq)
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Halimunan“
Untuk Maxis Dail *131*158146# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0080219 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 72734 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 207053 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Sleeq – Untuk Dia”
Maxis – Dail *131*141677# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0070225 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 67242 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 172005 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Cun Saja“
Untuk Maxis Dail *131*141663# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0070214 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 67231 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 171994 hantar ke 28118
Popularity: 1%



