Tuesday 8:00 pm, 18th August 2009
Taruhan kedua Chandra – RAP ditulis oleh Metamobile none Komen

Pelancaran Album Chandra - Ingatlah Diriku
KEHADIRAN ramai penyanyi Indonesia ke negara ini memberikan pelbagai persepsi pada masyarakat. Ada yang menganggap senario ini ‘membunuh’ artis tempatan yang masih sukar menjual album mereka. Bagaimanapun, secara positif perkembangan ini memberi pilihan pada peminat tempatan mendapatkan muzik dari luar negara yang berpotensi meraih sambutan di sini.
Senario ini pernah mencetuskan isu hangat di kalangan karyawan seni termasuk Persatuan Karyawan Malaysia menghantar memorandum kepada kerajaan untuk menggesa stesen radio mengamalkan sistem 90:10 iaitu memberi keutamaan pada muzik tempatan. Namun, penerimaan secara terbuka peminat tempatan membuktikan persada hiburan tanah air masih bersikap terbuka.
Selepas penyanyi solo seperti Afgan dan Anggun hadir ke negara ini untuk mempromosi album baru mereka, kini tiba giliran Chandra Satria mencuri perhatian khalayak. Chandra yang hadir pada majlis pelancaran album keduanya, Ingatlah Diriku di Bangkok Jazz, Kuala Lumpur, baru-baru ini mempunyai kelebihan dalam memasarkan album barunya kali ini.
Single, Ingatlah Diriku makin digemari ramai apabila lagu itu menjadi lagu tema drama Kala Hati yang masih ditayangkan di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam. Di sebalik populariti lagu ini menerusi drama TV, Chandra menyatakan kegembiraan kerana dia berpeluang duet bersama penyanyi pujaannya, Datuk Sheila Majid.
Katanya, hasrat menjemput Sheila duet bersama menerusi lagu Ingatlah Diriku dinyatakan sejak 2000 ketika dia terbabit sebagai penyanyi latar Konsert Ulang Tahun Sheila Majid Ke-15 yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.
“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk mengedar album solo di negara ini, tetapi selepas album pertama, Dari Hati Terdalam yang berada di pasaran pada Ogos tahun lalu mendapat sambutan, saya yakin dengan kemunculan album kedua.
“Ketika album kedua ini dipasarkan di Indonesia pada Januari lalu, sambutan yang diterima daripada peminat begitu positif. Sebelum ini, saya pernah mengadakan persembahan di Alexis, Ampang dan peminat di sini juga menyukai muzik saya.
“Sebagai penyanyi baru, saya bersyukur dengan penerimaan peminat yang memberi sokongan. Matlamat saya menghasilkan album bukan atas tujuan bersaing dengan penyanyi lain tetapi kerana minat menyanyi yang mendalam,” katanya.
Menurutnya, album kedua berkonsep pop kontemporari yang diedarkan menerusi label Metadome ini dinilai lebih memfokuskan peminat dewasa berusia 25 tahun ke atas. Sebanyak empat lagu baru dimuatkan termasuk Sesungguhnya, Masihkah Dirimu Memilihku dan Cinta Cahayamu.
“Tidak dinafikan kehadiran Sheila menerusi satu lagu ini menjadi batu loncatan buat karier saya, tetapi apa yang penting, impian saya untuk duet bersamanya menjadi kenyataan.
“Bagi saya, pengaruh muzik Sheila di negara saya masih kuat dan saya fikir jika beliau mengadakan konsert solo di sana, pasti meraih sambutan hangat peminatnya,” katanya.
Bagi Sheila, Chandra mempunyai bakat nyanyian yang mampu digilap. Biarpun ‘kebanjiran’ penyanyi Seberang ke negara ini, beliau sebaliknya positif dengan perkembangan muzik secara global.
“Jangan politikkan muzik apabila penyanyi tempatan bekerjasama dengan penyanyi luar negara. Muzik sepatutnya tidak mempunyai halangan, tetapi mampu menyatukan masyarakat. Lihat impak muzik Michael Jackson yang memberi pengaruh besar pada peminat selepas dia meninggal dunia.
“Berbeza dengan peminat di luar negara seperti Indonesia dan Thailand, peminat tempatan kita kurang menyokong muzik tanah air sendiri. Senario ini berlaku apabila peminat tempatan enggan membeli album penyanyi kita.
“Muzik adalah harta intelek dan bukan mudah untuk penyanyi termasuk komposer dan penulis lirik bekerja menghasilkan lagu atau album berkualiti. Saya berharap peminat tempatan faham dengan situasi ini.
“Ada ketika saya kecewa dengan sikap peminat sebegini. Malah, kecanggihan teknologi maklumat turut menyumbang kesan negatif apabila peminat kini dengan mudah mendapatkan sesebuah lagu dengan memuat turun di Internet secara percuma.
“Faktor lain, ada peminat Melayu yang tidak gemar mendengar lagu Melayu. Berbeza dengan peminat di Indonesia, mereka tidak suka kualiti album secara rakaman minus one, tetapi ia perlu dihasilkan daripada alat muzik secara langsung,” katanya.
Popularity: 2%
Wednesday 3:18 pm, 8th April 2009
Chandra Promosi Single Terbaru di Malaysia – Ingatlah Diriku ditulis oleh Metamobile none Komen
Pastikan anda menyaksikan Chandra, artis yang berasal dari Indonesia sedang mempromosikan single terbarunya yang berjudul “Ingatlah Diriku” yang menampilkan Dato’ Sheila Majid dalam single tersebut di Gala TV, Astro AWANI pada 8 April 2009 jam 3.30 petang sebagai tetamu jemputan.
Nada Dering Pemanggil “Ingatlah Diriku†daripada Chandra feat. Sheila Majid
Caller Ringtone Maxis: Dail *131*127361# tekan “CALLâ€
Callertunes Digi: Sms CT BUY 60460 JB hantar ke 2000
Call Me Tones Celcom: Sms CMT 62492 hantar ke 22990
Pra-dengar Chandra feat. Sheila Majid :
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Chandra feat Sheila Majid - Ingatlah Diriku

Chandra di Metadome

Chandra sedang diinterviu

Chandra di ASTRO AWANI

Chandra di ERA
Popularity: 4%



