Thursday 4:31 pm, 26th August 2010
Majazztic Aidilfitri ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Bermula 25 Ogos hingga 19 September, Sungei Wang Plaza akan berkumandang dengan lagu-lagu nostalgia hari raya, uniknya lagu-lagu lama seperti DJ Dave, Ahmad Jais, M.Nasir, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi akan dialunkan dalam irama Jazz. Bertambah menarik ia akan dinyanyikan oleh artis-artis baru. Satu majlis perasmian telah diadakan baru-baru ini bertempat di Ruang Legar Sungei Wang, turut diserikan dengan kehadiran penghuni dari Persatuan SLE Malaysia dan pesaikit-pesakit Systematic Lupus Erthematosus (LUPUS). Mereka dihidangkan dengan persembahan daripada Imran Ajmain, Nabil Zamanhuri, Farhan, TILU dan Roze.
Nantikan persembahan solo secara live 3 artis naungan Alibi Music pada 27 Ogos (Roze), 4 September (Nabil Zamanhuri) dan 5 September (Imran Ajmain). Persembahan akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di ruang legar Sungei Wang Plaza diiringi oleh band Studio 51.
Antara aktiviti lain yang diadakan disepanjang program ini juga ialah pertandingan nyanyian Jazz-It-Up yang menawarkan wang tunai sebanyak RM3,000 dan Aidilfitri Bazaar yang menjual pelbagai jenis biskut dan baju raya. Untuk keterangan lanjut sila layari www.sungeiwang.com
Gambar sekitar Majlis Pelancaran Majazztic Aidilfitri
Gambar Sesi Latihan Persembahan
Popularity: 1%
Tuesday 1:05 pm, 24th August 2010
Imran Ajmain, Roze dan Nabil di Pelancaran Majazztic Aidilfitri ditulis oleh Metamobile none Komen

Sungei Wang Plaza akan menganjurkan MaJAZZtic Aidilfitri mulai 25 Ogos 2010 hingga 19 September 2010. Pelbagai acara telah disediakan seperti Pertandingan Nyanyian Jazz-It-Up, Showcase dan Bazaar Aidilfitri. Pelancaran MaJAZZtic Aidilfitri akan diadakan pada 25 Ogos 2010 jam 7 malam dengan menampilkan Imran Ajmain, Roze, Nabil, Farhan dan kumpulan TILU sebagai artis undangan. Majlis ini juga diraikan oleh 30 pesakit daripada Persatuan SLE (Systemic Lupus Erythematosus) Malaysia.
Showcase MaJAZZtic Aidilfitri bakal menampilkan beberapa artis Alibi Music seperti Rose pada 27 Ogos, Atilia pada 3 September, Nabil pada 4 September dan Imran Ajmain pada 5 September.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web Sungei Wang Plaza
Popularity: 1%
Wednesday 4:51 pm, 28th July 2010
[video] Roze – Harum [LIVE @ Red Box The Gardens] ditulis oleh Metamobile 1 Komen
![Roze - Harum [LIVE@ Red Box The Gardens] Roze - Harum [LIVE@ Red Box The Gardens]](http://blog.metamobile.com.my/wp-content/uploads/2010/07/blog_post_28jul_01.jpg)
Persembahan Roze menyanyikan Harum dalam majlis Sidang Media Harum di Red Box The Gardens.
Ikuti Roze di Facebook dan Twitter
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Roze – Harumâ€
Maxis – Dail *131*159557# tekan “CALL/SENDâ€
Digi – Sms CT 0081186 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 77221 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 211724 hantar ke 2811
Popularity: 1%
Tuesday 11:23 am, 27th July 2010
[video] Metastarz News Roze Harum Sidang Media @ Red Box ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Tanggal 22 Julai 2010 telah menyaksikan kelahiran single terbaru daripada seorang lagi ahli keluarga Alibi Music, Roze. “Harum” telah dilancarkan di Red Box, The Gardens, Midvalley City pada 22 Julai 2010. Sidang media ini juga turut dihadiri oleh penulis lirik Harum iaitu Shah Shamshiri.
Ikuti Roze di Facebook dan Twitter
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Roze – Harumâ€
Maxis – Dail *131*159557# tekan “CALL/SENDâ€
Digi – Sms CT 0081186 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 77221 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 211724 hantar ke 2811
Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Popularity: 1%
Monday 10:56 am, 26th July 2010
Hotseat – Roze ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Hotseat Jusradio minggu ini menampilkan seorang lagi artis naungan Alibi Music, Roze. Ikuti temubual eksklusif ini bila-bila dan di mana sahaja anda berada, hanya di Jusradio.
Klik untuk dengar Jusradio
Follow twitter Jusradio
Popularity: 1%


