Thursday 1:07 pm, 17th September 2009
Konsert Raihan Di Leicester Centre, UK – Murai ditulis oleh Metamobile none Komen

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2009:Â Â Dengan sokongan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di dunia, AirAsia X, impian kumpulan nasyid Raihan untuk mengadakan konsert The Eid Extravaganza di Leicester, United Kingdom (UK)Â pada 24 hingga 26 September ini, bakal tercapai.
Penganjurnya, Leicester Exhibition Centre pula telah bersepakat untuk menaja segala perbelanjaan makan minum dan penginapan bagi 15 delegasi Malaysia termasuk 3 anggota Raihan, pemuzik serta pihak media sepanjang konsert berkenaan. Setakat ini murai.com.my juga telah diundang untuk membuat liputan di sana bermula pada hari raya keempat.
Konsert besar-besaran yang akan diadakan di Leicester Exhibition Centre untuk 3 malam berturut-turut itu turut diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi nasyid antarabangsa seperti Junaid Jamshed, Abdullah Role, Amir Awan, As’sahiq Al-Rasul, Sulaiman, Ramaize dan Jeff Mirza.
Ditemui ketika majlis sidang media konsert dan penajaan AirAsia X selaku penerbangan rasmi di Kelana Sentral petang kelmarin, Raihan berkata mereka memanjatkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan kedua-dua pihak berkenaan.
“Ini adalah konsert ke-7 kami di UK selepas Royal Albert Hall tahun lalu yang telah dihadiri 10,000 penonton. Namun disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan penaja, kami sangkakan impian kami kali ini tidak akan tercapai tahun ini.
“Tapi rezeki itu tetap ada dengan sokongan AirAsia dan diharap ia dapat menaikkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan di beberapa negara lain selepas ini seperti Bosnia, Afrika Selatan dan Maghribi,” kata Abu Bakar.
Tiket konsert itu dijual pada harga RM87 dan RM116 di mana sebahagian daripada kutipan akan didermakan bagi tujuan kebajikan ke negara-negara yang memerlukan.
Raihan yang dianggotai Che Amran, Abu Bakar dan anggota baru Zulfadli Mustaza atau Afad, bakal membuat persembahan di hadapan ribuan peminat irama nasyid di Utara UK itu yang kebanyakannya berasal dari Timur Tengah, Pakistan selain penduduk tempatan. Vokalis utama mereka, Nazrey tidak lagi bersama mereka selepas membawa haluan solo.
Sejak menceburkan diri secara serius dalam bidang nyanyian, Raihan telah membuktikan keupayaan mereka mendominasi irama nasyid di merata tempat dengan menjelajah ke 6Â benua iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara & Selatan serta Australia.
Bercerita tentang persiapan ke konsert berkenaan, Che Amran berkata masa yang singkat sedikitpun tidak membantutkan kumpulannya untuk membuat latihan bersama-sama 10 ahli muzik berasaskan alat perkusi pada hampir setiap malam sebagai persediaan ke sana.
Seperti juga konsert di Royal Albert Hall, London, sekali lagi Raihan akan membawa kelainan menerusi muziknya dengan menyelitkan muzik etnik dan Latin agar kena dengan konsep world music.
“Muzik sebeginilah yang sangat disukai orang-orang di sana. Seperti pengalaman kami yang lalu, mereka cukup tertarik kalau mendengar kompang dan gendang. Meskipun bunyinya ringkas tapi ia tetap memiliki identiti Melayu.
“Kami akan menyanyikan lagu-lagu Raihan dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Tidak ketinggalan lagu kanak-kanak dan juga lagu yang dicampurkan Bahasa Melayu dan Inggeris,” tambah Che Amran.
Turut hadir di majlis itu, PA kepada Pengerusi AirAsia Berhad, En Edd Razhe, Pungurus Raihan, Haji Muhibin Abdul Latif dan Pengarah Urusan Metadome Sdn Bhd, Ferhard Ahmad yang turut hadir sempena pelancaran single Hari raya duet antara Raihan dan kumpulan Hujan.
Duet lagu raya dengan Kumpulan Hujan
Sementara itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu Pujian Pujian dan Senyum ini telah memilih kumpulan indie tempatan Hujan untuk berduet bagi melahirkan single hari raya terbaru berjudul Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda.
Lagu yang membawa mesej kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak itu adalah hasil nukilan lirik dan melodi anggota Raihan sendiri iaitu Abu Bakar, manakala susunan muzik oleh vokalis Hujan, Noh.
Diilhamkan khas bagi menyambut kedatangan Aidilfitri, Abu Bakar berkata kerjasama ini dilihatnya cukup sihat memandangkan Hujan mempunyai kelompok peminat yang ramai.
“Idea ini sudah ada sejak tahun lepas lagi. Ia timbul bila saya melihat 3 orang anak muda yang mempunyai imej seperti Hujan, datang ke masjid menunaikan solat Jumaat. Dari situ saya rasa, alangkah baik kalau dapat bekerjasama dengan Hujan.
“Lagipun ini bukanlah pertama kali Raihan bekerjasama dengan kumpulan muzik selain nasyid kerana kami pernah berduet besama Sheila On 7, Gigi, Amy Search dan Awie,” katanya tidak lupa menghulurkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung murai.com.my.
Popularity: 2%
Wednesday 12:49 pm, 16th September 2009
Raihan beraya di London – MyMetro ditulis oleh Metamobile none Komen

SEJAK lebih sedekad, nama kumpulan Raihan unggul sebagai pelopor irama nasyid di negara ini. Meskipun kumpulan nasyid generasi baru seperti In-Team, UNIC dan Saujana menjadi perintis pada perjuangan lagu yang membawa mesej ketuhanan tetapi populariti Raihan masih belum boleh digugat.
Hakikatnya, Raihan yang kini diterajui empat anggota iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Zulfadli Mustaza dan Amran Ibrahim mempunyai ramai peminat bukan hanya di negara ini malah merangkumi seluruh dunia.
Buktinya ketika mengadakan persembahan di luar negara, mereka meraih sambutan menggalakkan daripada peminat yang hadir.
Raihan yang popular menerusi lagu seperti Puji Pujian dan Allahu mencatat sejarah tersendiri dalam karier seni mereka dengan mengadakan persembahan jelajah di pelbagai lokasi di luar negara.
Antara destinasi yang pernah dikunjungi adalah Singapura, Indonesia, Thailand, Russia, Trinidad & Tobago, Kanada, Cape Town, Johannesburg, Manchester dan Glasgow.
Menyambung perjuangan dakwah menerusi muzik, Raihan sekali ini meraih kesempatan untuk mengadakan Konsert EID Celebration di Leicester Hall, London pada 24 September ini.
Sebelum ini, Raihan pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada Mac tahun lalu.
Menariknya, persembahan selama tiga malam berturut-turut ini berlangsung ketika Aidilfitri disambut umat Islam di seluruh dunia. Ini bermakna, Raihan bukan hanya mengadakan persembahan bersama peminat tetapi turut beraya di sana. Berbanding konsert yang pernah diadakan, kali ini Raihan bertuah kerana mendapat kerjasama AirAsia sebagai penajaan penerbangan rasmi.
Abu Bakar berkata Raihan berkeyakinan mengadakan persembahan kali ini berdasarkan sambutan ketika di Royal Albert Hall pada tahun lalu yang berjaya menarik perhatian lebih 5,000 penonton. Atas sambutan positif itu, Raihan mahu meneruskan usaha mereka untuk berhibur bersama peminat di sana.
“Peminat meminati Raihan daripada aspek kelainan muzik yang ditampilkan. Walaupun banyak kumpulan nasyid ditubuhkan tetapi Raihan tetap menampilkan keunikan seperti penggunaan alat muzik rebana dan kompang.
“Namun, saya tidak faham mengapa segelintir berpandangan muzik kami bukan dari Malaysia. Secara jujur, kami masih berbangga untuk membawa lagu bahasa Malaysia ke luar negara.
“Menariknya, ketika mengadakan persembahan di luar negara, ada peminat yang menghafal lagu bahasa Malaysia walaupun mereka tidak faham. Ini membuktikan peminat kami menerima muzik yang kami perjuangkan dan ia turut menjadi panduan pada kumpulan nasyid lain,†katanya.
Che Amran pula berkata Raihan mendapat peluang mengadakan persembahan di luar negara atas permintaan peminat di sana. Lalu, tidak timbul soal mereka hanya sibuk di luar negara sebaliknya sepi di negara sendiri.
Wakil AirAsia, Edd Razhe berkata hasrat syarikat penerbangan tambang murah itu menaja konsert Raihan ini atas dasar sokongan pada persada muzik tempatan.
Menerusi pencapaian Raihan yang sering meraih sambutan menggalakkan daripada peminat di luar negara, AirAsia juga berkeyakinan konsert kali ini berjaya.
“Kerjasama ini berlaku secara kebetulan apabila Che Amran menghantar idea kepada AirAsia untuk menjadi penaja konsert mereka kali ini. Menerusi pembabitan AirAsia ini, ia menjadi sejarah penajaan pertama kami untuk konsert artis di luar negara.
“Sebanyak RM300,000 dibelanjakan untuk kos pengangkutan membawa peralatan konsert termasuk 15 tiket untuk mereka. Bagi AirAsia, kerjasama ini membawa konsep menang-menang apabila kami juga mahu mempromosikan penerbangan ke London.
“Apa yang kami harapan, syarikat korporat lain sepatutnya tampil bekerjasama menjadi penaja untuk konsert artis tempatan ke luar negara. Saya sendiri terkilan mengapa syarikat korporat kurang membantu artis tempatan kita.
“AirAsia sendiri ada rancangan untuk mengadakan satu konsert artis tempatan di Los Angeles. Ia akan dibincangkan bersama pihak di sana nanti,†katanya.
Dalam pada itu, Raihan melancarkan single, Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda duet bersama kumpulan Hujan. Pada majlis pelancaran itu diadakan di Kelana Sentral, Kelana Jaya Selangor baru-baru ini, Raihan turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk aspek pemasaran album Raihan bersama Metadome. Raihan diwakili pengurus, Mubin Abd Latif manakala Metadome, Pengarah Urusan, Ferhard Ahmad.
Popularity: 2%
Wednesday 12:34 pm, 16th September 2009
Hujan jelajah satu Malaysia untuk ‘Mencari Konklusi’ ditulis oleh Metamobile none Komen

Hujan bersama Raihan tampil dalam lagu raya duet 'Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda'.
KOLABORASI antara band indie Hujan dan kumpulan nasyid Raihan semestinya menjadi suatu pembaharuan yang ‘berbaloi’ untuk dijadikan ikutan kepada penggerak muzik tempatan.
Walaupun kedua-duanya berasal daripada genre yang berbeza namun gandingan mereka ini telah menghasilkan suatu revolusi yang jarang dipraktikkan oleh pemuzik baru.
Baru-baru ini, mereka telah berduet menerusi lagu raya, ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’ yang telah berkumandang di radio tempatan mulai 2 September lalu.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim dan susunan muzik oleh vokalis Hujan, Noh dan bandnya mengisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persediaan di Hari Raya demi membahagiakan anak-anak mereka.
Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran.
Bagi band yang turut dianggotai oleh Am atau Azham Ahmad Ambobzeela (drum), Mohammad Hezry atau AG (gitaris) dan Dimas atau Hang Dimas Santoso (keyboard) itu, mereka tidak menganggap kolaborasi itu akan menjejaskan imej ‘indie’ mereka.
Menurut Noh, lagu yang dinyanyikan bukannya bergenre nasyid tetapi lebih kepada lagu raya.
“Daripada dulu lagi, Hujan membuat muzik untuk kami dan bukannya untuk orang lain. Lagu yang dinyanyikan pun bukannya bercakap pasal nasyid .
“Selepas lagu ini siap, kami memang sangat berpuas hati,†katanya mengenai lagu yang telah pun dirakamkan sejak awal puasa lalu.
Pada mulanya, Raihan yang meminta untuk berduet dengan mereka dan selepas itu tanpa berfikir panjang terus mereka bersetuju.
Tambah Noh, Hujan membuka kepada mana-mana artis untuk berduet dengan mereka.
Selepas ini, Hujan dijangka akan berduet dengan kumpulan nasyid Mirwana pula.
“Kami positif untuk membantu artis lain dan jika ada yang hendak mengambil kesempatan tu terpulanglah.
“Tetapi terus-terang kami menerima tawaran untuk berduet dengan Raihan sebab menghormati mereka sebagai pemuzik nasyid dan membesar dengan muzik mereka. Jadi, siapa yang tak nak duet dengan Raihan?,†katanya yang baru terfikir untuk membuat lagu raya indie dengan artis solo seperti Aizat atau Faizal Tahir pada tahun akan datang.
Konsert jelajah Malaysia
Mulai 4 Oktober depan, Hujan akan melakukan konsert jelajah, ‘Mencari Konklusi (MK) Tour’ mengelilingi Malaysia bermula di Kuantan, Melaka (8 November), Kangar (16 Oktober), Sungai Petani (17 Oktober), Pulau Pinang (18 Oktober), Ipoh (24 Oktober), Taiping (23 Oktober), Kuala Terengganu (31 Oktober), manakala yang selebihnya seperti Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak belum ditetapkan tarikhnya.
Dengan menggunakan modal sendiri, Hujan akan ‘turun padang’ bersama kumpulan Awanband yang akan melakukan persembahan ‘opening’.
Hujan akan menyampaikan lagu-lagu terbaru mereka yang dimuatkan dalam album ‘Mencari Konklusi’ dan beberapa buah lagu hits yang dimuatkan dalam album pertama, ‘Hujan’.
“Saya berasa teruja dengan konsert jelajah ini tambahan pula dalam masa yang sama kami juga pertama kali terlibat dengan sebuah lagi konsert di Singapura.
“Jadi, saya rasa agak ‘cuak’ dari segi ketahanan mental dan emosi. Tetapi kami akan cuba lakukan yang terbaik demi peminat-peminat kami, Raingers,†ujar Noh mewakili Hujan.
Selain MK Tour, mereka juga terlibat dengan sebuah lagi konsert di Singapura pada 7 Oktober ini.
Logo terbaru Hujan lebih matang?
Dalam sibuk mempromosikan lagu raya dan persembahan jelajah mereka, Hujan juga tidak lupa mempromosikan kemunculan album terbaru mereka, ‘Mencari Konklusi’ yang telah pun berada di pasaran mulai 7 September lalu.
Setelah berpeluang mendengar lagu-lagu dalam album itu, ternyata konsep baru yang dibawakan oleh Hujan lebih matang dan berlainan dari album terdahulu.
Bukan sahaja lagu yang lebih berentak rancak dan agresif, malah logo Hujan pada muka depan albumnya juga berlainan.
Logo Hujan tidak lagi berwarna hijau dan kuning ditambah dengan payung kecil tetapi kali ini ditukar kepada warna hitam dan putih serta pancaran kilat.
“Setelah berbincang, kami sepakat untuk menukar logo Hujan kerana ia lebih menggambarkan lagu-lagu kami yang lebih ganas dan bukannya lagu cinta.
“Album pertama kami nampak seperti imej ‘sekolah rendah’ tetapi yang kedua ini lebih matang,†jelas Noh mengenai album yang dicetak sebanyak 2,000 unit pada permulaannya secara berperingkat.
Bagi yang ingin mendapatkan album ‘Mencari Konklusi’ bolehlah ke kedai-kedai menjual CD berhampiran.
Manakala mereka yang ingin mendapatkan lagu ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’, boleh memuat turun ke dalam telefon bimbit dengan melayari laman web www.metamobile.com.my.

Popularity: 3%
Wednesday 12:26 pm, 16th September 2009
Raihan vs Hujan – Kosmo! ditulis oleh Metamobile none Komen

PELIK dan unik apabila melihat dua nama popular dari dua arena yang berbeza di atas satu pentas menyanyikan lagu bersama.
Siapa kata kumpulan nasyid tidak boleh bergabung dengan band indie? Buktinya, buat pertama kali dua nama popular daripada dua arena berbeza, band indie Hujan dan nasyid terkenal Raihan berkolaborasi dalam sebuah lagu raya.
Meskipun lagu yang berjudul Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda ciptaan sepenuhnya oleh ahli kumpulan Raihan, Abu Bakar Md. Yatim tetapi apabila susunan lagu dibuat oleh Noh dari Hujan, lagu raya baru ini kedengaran sungguh unik.
Tiada langsung bunyi lagu kumpulan nasyid sebaliknya ia lebih terarah pada muzik kumpulan Hujan.
Bercakap mengenai perkara itu, Abu Bakar memberitahu, kumpulan Raihan sememangnya berfikiran terbuka dan menyerahkan bulat-bulat kepada Hujan untuk membuat susunan muzik kerana lagu ciptaannya itu pada mulanya memang lagu raya untuk kumpulan nasyid.
“Kita memang nak bunyian muzik Hujan, kami tidak kisah untuk mencuba perkara yang baru dan melihat pada hasilnya kami serta Hujan berpuas hati,” ujar Abu Bakar.
Terangnya lagi, meskipun mereka memiliki imej yang berbeza, itu bukan halangan untuk bersatu dalam muzik.
“Saya melihat Hujan sebagai anak muda yang cukup berbakat dan kami cukup gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka,” ujarnya.
Sebenarnya ini bukan kali pertama kumpulan Raihan berkolaborasi dengan band rock kerana mereka pernah bekerjasama dengan kumpulan dari Indonesia seperti Sheila On 7 dan Gigi serta dari Malaysia bersama Awie dan Man Kidal tetapi Raihan tetap berbangga dengan kerjasama terbaru mereka ini.
Hujan terkejut!
Noh selaku vokalis kumpulan Hujan tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila mereka dihubungi pihak Raihan yang berminat untuk berkolaborasi dengan Hujan pada tahun lepas.
Bagaimanapun setelah sekian lama, tiada khabar berita dari pihak Raihan, Noh menyangkakan semua perancangan tersebut berkubur begitu sahaja.
Namun, sangkaannya meleset apabila pada minggu pertama umat Islam berpuasa pihak Raihan menghubungi Hujan untuk merakamkan lagu raya bersama mereka.
“Bila mereka ajukan pertanyaan tentang kolaborasi bersama tahun lepas, saya dan anggota Hujan yang lain terus sahaja setuju tanpa berfikir panjang sebab siapa yang tidak mahu berduet dengan Raihan, satu nama yang besar.
“Ia memang satu penghormatan buat kami dan memang tidak sangka langsung. Tetapi yang lucunya ketika kami mula-mula dengar lagu yang mereka berikan bunyinya 100 peratus macam lagu nasyid dan saya mula fikir macam mana kami nak nyanyi lagu ini,” tutur Noh.

RAIHAN kini semakin kerap tampil bertiga.
Tambahnya, setelah mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak Raihan, akhirnya terhasil lagu raya pertama band Hujan sepanjang bergelar anak seni dengan gabungan bunyi lagu nasyid dan indie.
“Saya akui masa mula-mula dengar lagu ini dalam kereta tanpa buat susunan yang baru, saya macam tidak yakin, rasa kelakar pun ada.
“Tetapi pihak Raihan memberikan kebebasan pada saya untuk mencorakkan lagu ini dan mereka yang nak lagu raya yang ada bunyi Hujan, hasilnya kami semua suka,” ujar Noh.
Selain Noh, Hujan yang dianggotai oleh AG (gitar utama), Izzat (bass), Ambobzeela (drum) dan Hang Dimas Santoso (keyboard) memberitahu pembikinan keseluruhan lagu raya ini tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya tiga hari sahaja bermula dari proses rakaman lagu sehinggalah rakaman klip video.
“Kami rakam lagu ini hanya satu hari, kemudian rakaman klip video satu hari dan suntingan satu hari, semuanya tiga hari sahaja berlaku pada waktu selepas solat terawih dan sebelum sahur setiap hari,” kata AG.

GANDINGAN Raihan dan Hujan membuahkan kesegaran tersendiri kepada lagu Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda.
Disoal tentang perbezaan imej yang ditampilkan ketika berduet dengan Raihan, Hujan mengatakan tiada apa yang berubah meskipun mereka menyanyi bersama kumpulan nasyid.
“Kami tetap menjadi diri kami sendiri, cuma bila lagu raya kena pakai baju Melayu, itu sahaja. Tetapi kalau orang nak kritik kami tidak kisah kerana selama ini kami buat muzik untuk diri kami sendiri dan tidak kisah apa orang lain fikir tentang kami.
“Pemikiran dan pandangan itu hak individu, ada orang suka dan ada orang tak suka. Selama ini pun sudah banyak kali Hujan kena ‘tembak’ dengan pihak media, jadi kami sudah biasa,” tutur Noh lagi.
Selepas kolaborasi bersama Raihan, Hujan memberitahu mereka mempunyai perancangan untuk membuat satu album ketuhanan tetapi semua itu masih dalam peringkat perbincangan.
“Kami berminat untuk buat album ketuhanan tetapi konsep dan bunyinya tetap Hujan, mungkin liriknya yang berbeza, tengoklah macam mana,” kata pemain keyboard Hujan, Hang Dimas Santoso.
Popularity: 2%
Friday 11:01 am, 11th September 2009
[LIVE @ Kelana Sentral] Hujan & Raihan – Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda ditulis oleh Metamobile none Komen
Persembahan LIVE ketika acara Sidang Media Pelancaran Single Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda di Kelana Sentral, Kelana Jaya. Turut serta dalam acara tersebut, Pengarah Urusan Metadome, En Ferhard Ahmad, dan Hj. Mubbin daripada Raihan Records.
Popularity: 3%