Terkini @ Jusradio

JusRadio Istimewa Ramadan

Terkini @ Blog

Artis Alibi Music

MetaPanel


PageRank Checking Icon
Facebook Twitter Youtube

ShoutMix chat widget

Archive for 'Persembahan'

Thursday 12:13 pm, 13th May 2010

Alibi Music Showcase – No Black Tie ditulis oleh Metamobile 4 Komen

Alibi Music Showcase - No Black Tie

Alibi Music Showcase diteruskan lagi dengan persembahan daripada artis-artis lelaki Alibi Music. Showcase ini akan diadakan di No Black Tie pada 24 Mei 2010 bermula jam 9.30 malam hingga lewat malam. Artis yang terlibat ialah Nabil, Awal Ashaari, Lah Ahmad, Imran Ajmain, Adeep The Fabulous Cats dan Sleeq.

Untuk tempahan sila hubungi No Black Tie di talian 0321423737
Harga Tiket: RM35

Popularity: 1%



Wednesday 5:54 pm, 5th May 2010

Alibi Music Showcase – Sesi Latihan ditulis oleh Metamobile 4 Komen

Alibi Music Showcase - Sesi Latihan

Semalam telah diadakan sesi latihan bagi persembahan di No Black Tie, Kuala Lumpur. Sesi dimulakan dengan Atilia bersama Pengarah Muziknya TK. Latihan dimulakan dengan lagu Indah, Harus Bagaimana dan Old Love. Diikuti dengan Tasha Hudson ( Hanya Tuhan Yang Tahu, Me dan Pernah Muda). Kemudian Han pula mengambil tempat, bermula dengan lagu Bisikan Rindu, Mungkin Ada Lagi dan If I Were A Boy. Sesi latihan telah diadakan di Studio 6 String, Jalan Cheras bersama Pengarah Muzik Chow Ken Chung dari ICOM (International College of Music).

Selesai Han, Marsha mengambil tempat. Walaupun penat dengan jadual pengambaran drama, Marsha tetap ceria di dalam sesi latihan bersama band. 3 buah lagu akan disampaikan pada malam nanti iaitu Yang Terbaik, I Finally Found Someone dan Tak Perlu Selamanya. Kemudian sesi latihan diteruskan dengan Zizi, walupun Wangi tiada kerana masih lagi di Bandung, Zizi tetap bersemangat untuk ber’jamming’ bersama band, mereka berdua akan beraksi bersama dengan menyampaikan lagu Syurga Seketika, Russian Roulette dan Rembulan.

Terakhir Ezlynn membuat latihan dengan lagu Big Girls Don’t Cry, Tic Tac Toe dan Sweet Child Of Mine. Latihan tamat pada pukul 1.00 pagi. Fuhh…sangat memenatkan! Kepada pembaca blog Metamobile mari ramai-ramai hadir ke No Black Tie pada 6 Mei 2010 pada pukul 9 malam untuk menyaksikan 7 selebriti wanita Alibi Music beraksi. Jumpa di sana!

Popularity: 1%



Friday 5:19 pm, 23rd April 2010

The Fabulous Cats @ Anugerah PPMH, Saloma Bistro ditulis oleh Metamobile 3 Komen

The Fabulous Cats @ Anugerah PPMH

Kelmarin 21st April 2010 hari rabu, jam 2 petang, kami sempat menghadiri Anugerah Pilihan Pembaca (PPMH) anjuran Media Hiburan sempena dengan ulangtahun ke-25 majalah selebriti nombor 1 di Malaysia itu. Berlangsung di Dewan Utama, Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Anugerah PPMH dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti ternama.

The Fabulous Cats @ Anugerah PPMH

Dihoskan oleh dua pengacara sensasi, Along Raja Lawak dan Didie Alias, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada One Nation Emcees, Elyana, Adam, Alyah, Shiela OIAM, Black dan Ramlah Ram. Tidak ketinggalan artis Alibi Music,The Fabulous Cats yang turut membuat persembahan yang mantap dan bertenaga dengan menyanyikan single terbaru mereka, ‘Cinta Kosmik’. Terima Kasih kepada Media Hiburan yang menjemput kami juga artis kami ke majlis tersebut. – Marina.

Muatturun Nada Dering Pemanggil “The Fabulous Cats – Cinta Kosmik”
Maxis – Dail *131*152681# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0076884 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 71071 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 196078 hantar ke 28118

Popularity: 1%



Tuesday 5:17 pm, 20th April 2010

Showcase Imran Ajmain @ No Black Tie ditulis oleh Metamobile 5 Komen

Showcase Imran Ajmain @ No Black Tie

A year into the promotions of his 2nd album “Punca Dan Tindakan”, Imran releases his 4th single “Yang Ku Perlu”;  a throwback to 50s Malay pop. The 90 minute show (with intermission) will showcase his singles and a collection of English adult contemporary R&B hits. His album will be made available at the door.

The band is led by Rafikoncept - Khairafik (keys/Music Director), Arin (guitar), Eudjin (bass), Teoh (drums) and Fareed Aziz (trumpet) leading the horns trio accompanied by Syafiq (tenor sax) & Asri (trombone)

For Reservations, please call 03 21423737 and quote “Booking for5th May”
RM30 per person

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Muatturun Nada Dering Pemanggil “Imran Ajmain – Yang Ku Perlu“
Maxis – Dail *131*131436# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0062838 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 63368 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 155000 hantar ke 28118

Popularity: 1%



Friday 5:42 pm, 26th March 2010

The Fabulous Cats @ HIP TV Awards TV9 ditulis oleh Metamobile 4 Komen

The Fabulous Cats @ HIP TV Awards TV9

The Fabulous Cats buat persembahan pakai baju macam ni je ke? Tak lah. Ini adalah gambar ketika The Fabulous Cats sedang “sound check” untuk HIP TV Awards TV9 yang diadakan semalam. Dengarnya persembahan diorg semalam gempak habis! Ramai juga yang duk tweets pasal persembahan diorg ni, tapi sayangnya tak mention Twitter TFC. Kalau ada siapa-siapa nak cerita apa-apa pasal The Fabulous Cats, masukkan @thefabulouscats sekali ya! Nak follow pun dialu-alukan!

Kalau korang nak tengok persembahan The Fabulous Cats ni, jangan lupa saksikan HIP TV Awards TV9 yang akan disiarkan di TV9 pada 2 April 2010, jam 10 malam.

Muatturun Nada Dering Pemanggil “The Fabulous Cats – Cinta Kosmik
Maxis – Dail *131*152681# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0076884 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 71071 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 196078 hantar ke 28118

Popularity: 1%