Monday 4:54 pm, 7th December 2009
Anugerah FFF Cosmopolitan – Tahniah Liyana Jasmay & Nurul! ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Tahniah kepada Liyana Jasmay yang berjaya memenangi anugerah FFF Pelakon di majlis Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 yang diadakan pada 5 Disember 2009 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Tahniah juga kepada Nurul yang berjaya meraih anugerah Best Dress walaupun tidak berjaya dalam kategori FFF Penyanyi.
Popularity: 3% [?]
Tuesday 4:38 pm, 1st December 2009
Nurul Hangat Bercinta Dengan VIP Mana? – Murai ditulis oleh Metamobile 5 Komen

KL, 30 NOVEMBER 2009: Bukan main lagi Murai Batu tengok si Nurul Abdul Wahab. Sejak bercerai, nama Nurul tetap popular malah asyik terkena tempias gosip. Dulu cinta Nurul dengan anak seorang usahawan wanita pernah tergendala gara-gara tidak mendapat restu dan sekarang pula timbul lagi gosip Nurul bercinta dengan seorang VIP bukan Melayu.
Bagi Murai Batu, itu adalah adat biasa kalau artis perempuan kembali solo atau dalam bahasa direct … menjanda. Tambah-tambah pula dengan imej yang seksi, makin ramai lelaki cuba himpit Nurul. Tapi Nurul tidak mahu cepat kelabu mata kerana untuk berkahwin lagi sebab dia kena buat pilihan yang teliti. Tapi jangan terlalu sangat memilih Nurul, nanti melepas!
Kata teman Murai Batu, dalam laman Facebook, Nurul sendiri ada memberikan gambaran yang dia akan membuat satu pengumuman besar. Khabarnya, ada satu rahsia yang sedang disimpan Nurul dan dia berjanji akan memberitahunya tidak lama lagi. Adakah ia tentang tarikh perkahwinannya sebab ada orang cakap Nurul akan kahwin lagi Disember ini.
Seperkara yang menarik, tadi Murai Batu ada terpandang majalah Harmoni terbitan di sebuah kedai buku dan nampak untuk bulan ini, Nurul dan Farawahida sama-sama digandingkan sebagai penghias muka depan. Memang menarik cover tu sebab muka mereka berdua memang seakan-akan sama. Dua-anak Anak Mami hot!
Popularity: 2% [?]
Tuesday 4:27 pm, 1st December 2009
Nurul @ Cover Harmoni ditulis oleh Metamobile 2 Komen
Thursday 5:27 pm, 19th November 2009
Sorok nikah? – Berita Harian ditulis oleh Metamobile 4 Komen
Nurul janji akan umum kepada peminat jika benar dia sudah ada pengganti Ajai
SUDAH lumrah kehidupan insan bergelar selebriti, apa saja yang berlaku dalam kehidupan pasti menjadi perhatian orang ramai. Peristiwa suka, duka, tawa dan tangis, semuanya ingin diikuti peminat di luar sana.
Jika boleh, tentu saja mereka tidak mahu kisah peribadi turut dikongsi bersama orang lain. Namun apakan daya, sekali diri bergelar pelakon atau penyanyi popular, garis halus yang memisahkan karier dengan kehidupan peribadi jelas sekali menjadi nipis. Sering kali sempadan itu dilanggar dek status selebriti yang dimiliki.
Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab (Nurul) tidak terkecuali. Pada ketika dia cuba untuk lebih menonjolkan kembali karier seninya, ketika itu jugalah pelbagai cerita peribadi melingkari kehidupan wanita ini. Cerita kononnya dia sudah mempunyai calon pengganti, bahkan selamat melangsungkan pernikahan, tersebar di sana sini.
Hidup bersendirian selepas mahligai yang dibina bersama komposer Ajai runtuh kira-kira tiga tahun lalu, tentunya mengundang pelbagai cerita buat artis dari Utara ini. Hendak ditepis bukan mudah, apatah lagi apabila peminat kini mempunyai pelbagai teknologi moden untuk berkongsi kisah sebegini.
Lalu, hanya doa dipanjatkan Nurul ke hadrat Yang Esa, memohon agar kekuatan tidak pernah pudar daripada dirinya. Cuma semangat itulah yang terus memanjangkan langkahnya dalam arus dunia yang bukan sedikit pancaroba serta godaan.
Ketika yang sama, Nurul tersenyum sendirian apabila peminat yang sama jugalah, yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan untuknya. Tidak kurang mereka yang berdoa semoga Nurul akhirnya bertemu insan mulia yang mampu memberikannya kebahagiaan dicari-cari. Maka, apabila tersebar kononnya dia sudah pun berkahwin lagi, baru-baru ini, ramai yang tersenyum gembira dengan khabar angin terbabit.
Bekas suami sendiri menjadi orang pertama menghadiahkan dirinya ucapan tahniah, sebelum cerita itu kemudian mengembara ke sana sini. Dia yang tertanya-tanya sendiri, dari mana munculnya cerita mengenai perkahwinan itu, akhirnya terpaksa membuka mulut sebelum khabar angin itu bertiup dengan lebih kencang lagi.
‘Gosip kahwin gugat kerjaya’
“Nurul terpaksa juga membuka mulut apabila cerita fasal perkahwinan itu sudah merebak. Kalau dibiarkan, Nurul bimbang ia membuatkan orang ramai bercakap bukan-bukan pula nanti.
“Nurul kan seorang penyanyi? Ramai peminat yang ingin berkongsi kegembiraan dengan diri kita ini. Lalu, takkan Nurul hendak menyembunyikan berita gembira sebegitu, sekiranya ia benar-benar terjadi. Apatah lagi, kalau diizinkan Tuhan, Nurul ingin mengadakan majlis besar-besaran pada perkahwinan kali ini. Berita gembira seperti itu tidak patut disembunyi.
“Lagipun, peminat jugalah yang banyak memberikan semangat kepada Nurul tatkala dihimpit duka. Jadi, seharusnya Nurul berkongsi cerita gembira itu bersama mereka,” cerita Nurul yang baru saja muncul bersama album solo, Tika Cinta, bersama syarikat Metadome.
Harapan penyanyi ini, agar cerita yang tidak betul itu terhenti setakat itu saja kerana dia turut dibelenggu kebimbangan, berita seperti itu mampu menggugat karier seninya.
“Nasib baiklah, ramai peminat yang turut menghantar pesanan di laman sosial, meminta Nurul banyak bersabar dan tidak memikirkan sangat mengenai cerita bukan-bukan,” kata wanita berusia 32 tahun ini.
Menyambung perbualan mengenai jodoh, akui Nurul, bukan sekadar keluarga sendiri, malah peminat juga ingin melihat dirinya menaiki pelamin bersama lelaki yang baik, seterusnya melayari kehidupan berumah tangga.
“Begitupun, Nurul sendiri tidaklah boleh berharap sangat ia berlaku dengan semudah itu. Kata orang, jika terlalu berharap, ia tidak akan terjadi. Lagipun, bukankah kita sedar, amat sukar untuk mencari lelaki yang benar-benar baik hari ini?
“Nurul sendiri jadi tertekan apabila berbicara soal jodoh ini. Memanglah doa rakan-rakan dan peminat supaya Nurul bertemu jodoh yang sempurna itu sangat dihargai. Namun pada masa yang sama, sakit kepala dan sesak nafas Nurul apabila dihimpit permasalahan sebegini,” ujarnya.
Bukan mengalah, tetapi penyanyi yang juga ibu kepada seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 11, ini berasa lebih afdal untuknya menyerahkan kepada Yang Maha Kuasa dalam menentukan jodoh terbaik untuknya. Percaya wanita ini, jika masih ada jodoh untuk dirinya, maka berumah tangga jugalah dia suatu hari nanti.
Pada pertanyaan apakah dia mengharapkan jodohnya kali ini bukan lagi daripada bangsa sendiri, Nurul berasakan lebih baik dia tidak memberikan sebarang jawapan kepada soalan tadi. Malah, katanya, dia tidak mencari sesiapa pun pada waktu ini kerana tumpuannya sekarang lebih kepada membangunkan lagi karier seni.
“Nurul tidak mahu menyesakkan kepala dengan memikirkan perkara seperti ini,” katanya sambil ketawa kecil.
Tika Cinta Nurul
MENYENTUH kemunculan album ketujuhnya di pasaran, Tika Cinta, penyanyi ini memberitahu, menerusi penghasilan terbaru itu, dia turut mencipta sebuah lagu berjudul Bukan Cermin Di Hati. Kiranya, lagu berkenaan melakar sejarah sebagai lagu pertama ciptaannya yang dimuatkan dalam album.
Selain Bukan Cermin Di Hati, album berkenaan juga memuatkan lagu Sepenuh Jiwa, Kala Hati, Tertutup Hati, Jadikan Aku Bintang dan Tangis Syukur.
Menceritakan kisah di sebalik lagu ciptaannya, Nurul memberitahu, dia mendapat idea menghasilkan lagu berkenaan ketika berdandan di salun. Tiba-tiba saja, melodinya bagai bermain di kepala, membuatkan penyanyi ini meminta pendandan rambutnya berhenti seketika, bagi membolehkan dia merakam irama berkenaan.
“Kemudian, Nurul memperdengarkan melodi itu kepada Tam Spider. Dia berasakan irama yang Nurul rakam itu sesuai untuk dijadikan sebuah lagu. Hampir dua minggu kemudian, Tam memperdengarkan kembali melodi itu kepada Nurul, setelah dia memperelokkan lagi bunyinya.
“Nurul juga menyiapkan lirik untuk lagu berkenaan, bagaimanapun apabila M Nasir melihat lirik terbabit, dia berasakan ia tidak berapa sesuai. Apabila disusun semula oleh sifu muzik itu, barulah liriknya diterima,” cerita Nurul.
Walaupun sudah berpengalaman dalam penghasilan lirik, tetapi akui wanita ini, dia masih takut serta ragu-ragu untuk mengembangkan bakatnya kepada penciptaan lagu.
“Mencipta melodi, bagi Nurul, bukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Kepala kita perlu berada dalam keadaan tenang pada ketika itu. Idea menghasilkan melodi bukannya datang selalu. Apabila minda kita tidak terganggu, barulah ilham senang untuk datang.
“Kini, Nurul memang mempunyai melodi yang lain lagi, tetapi belum diperdengarkan kepada Tam. Insya-Allah, apabila kami bertemu nanti, mungkin Nurul perdengar lagu itu kepadanya,” kata penyanyi yang kini muncul bersama siri Kau Dan Aku, tayangan Astro Ria.
Dia juga kini dalam perbincangan untuk membintangi filem kedua, selepas menghiasi layar lebar dengan filem Sate, kira-kira 13 tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Nurul turut menarik minat dua jenama, masing-masing produk kecantikan dan aksesori, yang kini dalam peringkat perbincangan bagi menjalinkan kerjasama bersamanya.
Popularity: 2% [?]
Tuesday 10:30 am, 10th November 2009
Nurul Jayakan Kempen Membaca ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Buat pertama kali artis dibawah naungan Metadome Sdn. Bhd. Nurul diberi penghormatan untuk bersama-sama menjayakan Kempen Membaca yang dibawakan khas oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Pra-pelancaran ini telah diadakan pada 8 November 2009 jam 8 pagi di Stesen Sentral, Kuala Lumpur telah dihadiri oleh lebih dari 200 kanak-kanak sekitar lembah Klang.
Aktiviti membaca didalam keretapi ini dimulakan di stesen Stesen Sentral, Kuala Lumpur ke Stesen Gemas dan kembali semula ke Stesen Sentral, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah membaca buku, aktiviti mewarna, segmen bercerita oleh kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia dan sebagainya. Nurul sempat menghiburkan para peminatnya dengan singlenya Tika Cinta.
Popularity: 1% [?]
Tuesday 7:00 pm, 3rd November 2009
Sukar bergerak solo – Harian Metro ditulis oleh Metamobile 2 Komen
SEJAK album solo baru, Tika Cinta dilancarkan pada awal Julai lalu, penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab berusaha mempromosikan diri kepada peminat. Nurul yang pernah melalui pengalaman hidup bersama bekas suami, Ajai mengakui ia suatu yang sukar untuk dia mencipta nama semula apatah lagi bergerak solo.
Kini selepas empat bulan album solonya berada di pasaran, Nurul mampu tersenyum bangga dengan sambutan yang diberikan peminat padanya.
Katanya, peminat makin menerima imej baru dirinya yang tampil dengan tujuh lagu baru berkonsepkan pop.
Menariknya, Nurul gembira kerana hasrat untuk bekerjasama dengan komposer berpengalaman, Sharon Paul menjadi kenyataan menerusi album ini.
Sharon bertanggungjawab mencipta empat lagu iaitu Tika Cinta termasuk Sepenuh Jiwa, Kala Hati dan Tertutup Hati.
“Saya percaya impak single dan album baru ini berjaya menaikkan semula nama saya dalam persada hiburan tempatan. Di awal rakaman album ini dulu, saya turut bimbang dengan penerimaan peminat terhadap saya.
“Ada juga rakan yang beri komen, suara saya untuk album kali ini jauh berbeza dengan penampilan saya sebelum ini tetapi mereka tetap yakin dengan kebolehan saya. Namun, apabila single dapat respond positif peminat termasuk dimainkan di stesen radio, saya makin bersemangat untuk terus menyanyi.
“Mengenai gandingan bersama Sharon, sebenarnya hasrat saya itu sudah terpendam sejak tiga tahun lalu. Pada saya, Sharon mempunyai sikap komited pada lagu yang diciptakan dan paling penting, tahu kehendak penyanyi pada sesebuah lagu.
“Hinggakan kali pertama saya mendapat lagu ciptaannya, saya tertarik dan jatuh hati untuk menyanyikannya. Saya percaya peminat meletakkan harapan yang tinggi pada kualiti album solo saya kali ini dan saya berpuas hati bila peminat suka,” katanya.
Nurul, 31, berkata dia kini turut menjual album solonya secara terus pada peminat.
Katanya, ada peminat termasuk di Singapura yang ingin membeli menerusi Internet. Atas permintaan itu, Nurul sanggup mengirimkan album berkenan untuk peminat.
“Album yang dihantar ini dijual pada harga yang lebih murah iaitu RM15 berbanding harga asal, RM19.90. Saya merasakan tindakan saya ini sebagai tanda penghargaan saya pada sokongan peminat sebelum ini.
“Untuk album ini, saya juga bersedia untuk mengadakan aktiviti promosi hingga setahun. Biarpun pasaran jualan album dikatakan makin mengecil tetapi saya tidak mahu ia menghalang semangat saya untuk terus menyanyi dan mempromosikan album,” katanya.
Dalam kesibukan mempromosikan album, Nurul menyatakan dia masih meneruskan minat untuk berlakon. Menerusi drama baru, Kau & Aku yang kini ditayangkan di Astro Ria menampilkan Mila, Akim dan Aril sebagai pelakon utama, Nurul pula diberi kepercayaan melakonkan watak sebagai guru vokal.
Katanya, dia kini menantikan peluang untuk muncul dengan filem baru yang masih dalam perbincangan. Dalam filem itu nanti, dia diberi watak utama yang mengisahkan perjalanan hidup penyanyi popular menerusi biografi.
Popularity: 1% [?]
Monday 5:07 pm, 2nd November 2009
Beli CD Nurul Online! ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Dapatkan Album terkini Nurul – Tika Cinta secara online! Hanya RM15
CD anda akan disertakan dengan autograf Nurul!
Terhad kepada 200 pembeli terawal!
http://www.nurulwahab.com/cdonline
Popularity: 2% [?]
Monday 4:06 pm, 26th October 2009
Terapi cara Metadome – Berita Harian ditulis oleh Metamobile 2 Komen

artis naungan Metadome yang hadir pada acara ini.
Penat dengan rutin kerja harian, syarikat itu bawa wakil media, penyanyi dan kakitangannya bersantai
PERCUTIAN singkat anjuran Metadome Sdn Bhd hujung minggu pastinya akan dikenang rakan media dan artis terpilih. Cherating, Kuantan yang menjadi lokasi percutian ini, ternyata memberi banyak kenangan manis.
Pelbagai aktiviti diatur seperti sukaneka yang diadakan membabitkan kakitangan dan penyanyi di bawah naungan syarikat ini serta wakil media. Kemeriahan memang cukup dirasai kerana acara sebegini menimbulkan suasana riuh apabila masing-masing cuba untuk memenangi pelbagai acara dipertandingkan.
Selain menjamu selera, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan rakan penyanyi yang hadir. Ia diselang seli dengan cabutan bertuah menawarkan hadiah lumayan seperti percutian ke luar negara, barangan elektrik, telefon bimbit dan telekomunikasi.
Ringkas dan sederhana, acara yang berlatarkan Suria Cherating Beach Resort ini sebagai bukti keakraban yang terjalin antara penyanyi, syarikat Metadome dan wartawan.
Diasaskan pada tahun 2002, Metadome pada mulanya berperanan sebagai pembekal kandungan bagi muzik digital. Dua tahun selepas itu, Maxis melantik Metadome untuk memberi tumpuan tugas yang sama kepada kandungan lagu berbahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Saban tahun, Metadome terus berdiri megah sebagai sebuah syarikat rakaman dengan tidak sekadar memberi tumpuan kepada pasaran digital, sebaliknya membuka ruang kepada penyanyi naungannya menerbitkan sendiri lagu mereka jika berkemampuan.
Ketika acara santai ini berlangsung penyanyi di bawah label Metadome seperti Nurul Huda, Liyana Jasmay, The Fabolous Cats (TFC), Han, Sleeq dan Imran Ajmain tidak melepaskan peluang meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkannya.
Pengarah Urusan Metadome, Ferhard Ahmad berkata, setiap penyanyi yang dipilih dan bernaung di label syarikatnya memang benar-benar berbakat dan mempunyai pasaran yang agak besar.
“Bakat perlu datang dulu. Soal rupa atau lain itu menjadi pakej yang sering melengkapi. Bukan sekadar bakat biasa, sebaliknya bakat yang lebih daripada biasa. Jika penyanyi berkumpulan, kriteria yang ditekankan mereka bukan saja boleh bermain alat muzik, malah boleh mencipta lagu sendiri sekurang-kurangnya empat lagu hits daripada 10 yang dimuat di dalam album.

“Jika penyanyi wanita pula, tahap kehebatan vokal itu dititik beratkan. Kalau merujuk kepada Han, dia mula disebut-sebut selepas berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik di pertandingan Bintang RTM dan seterusnya mencuba nasib dalam One In A Million musim ketiga. Han memiliki vokal yang baik cuma peluangnya sebagai penyanyi dikenali belum menyinar.
“Kami cuba untuk membentuk imej yang lebih segar kepadanya dalam usaha memadam imej kampung. Selain itu dua anggota TFC, Cat Farish dan Adeed juga turut menyertai pasukan kreatif kami. Malah Cat dan Adeed juga bekerja tetap untuk memastikan kualiti sesebuah lagu itu sebelum dipasarkan,” kata Ferhard sambil memberitahu ‘orang kanannya’, KC Ismail turut memainkan peranan penting di atas pengalaman sebelum ini iaitu sebagai penyampai radio.
Optimis masa depan industri muzik
FERHARD yakin peluang sentiasa terbuka luas kepada penyanyi naungannya untuk mencambah idea dan cetusan minda berhubung perkara yang boleh diguna pakai untuk kepentingan bersama.
Seiring dengan perubahan landskap industri muzik, beliau percaya keterbukaan itu penting supaya bidang seni berkembang dengan baik.
Mengikuti aliran sekarang, pasaran muzik digital lebih memberangsangkan berbanding fizikal. Sehubungan itu, beliau sendiri yakin pasaran digital akan terus berkembang pesat pada masa mendatang.
Katanya, beliau mahu Metadome terus berada di barisan hadapan dan tidak sesekali terkebelakang dengan peredaran masa.
“Muzik bergantung kepada teknologi dan maka dengan itu, kami perlu seiring atau lebih sedikit daripada teknologi yang ada. Namun, formula untuk lagu menjadi hit tetap sama, iaitu masih mempunyai penekanan kepada genre, korus dan isi cerita.
“Cuma harus diingat kalau soal kos itu perlu dikawal dengan betul. Jika memperuntukkan sejumlah kos seperti sepuluh tahun dulu, bermakna kita seperti cuba untuk gulung tikar,” katanya.
Dalam pada itu, Ferhad berkata, lumrah dalam setiap perniagaan pasti ada turun dan naiknya. Katanya, sejak tahun 70-an hingga kini, industri muzik terutamanya saluran pengedaran dikuasai oleh golongan bumi putera. Hakikatnya, yang mencipta lagu dan menjadi penyanyi adalah orang Melayu.
“Maka dengan itu, kita sendiri sebagai kaum Bumiputera cuba menongkah arus dengan mengikuti jejak mereka. Cuma sekarang seiring dengan pasaran digital, saluran pengedaran itu sudah tidak banyak digunakan lagi selepas wujudnya peranan syarikat telekomunikasi.
“Kami sendiri mempunyai capaian yang baik dengan Maxis, Digi, Celcom dan U Mobile. Malah ketika nada dering diperkenalkan, ada juga syarikat yang berminat menggunakan khidmat Metadome.
“Sebagai persediaan juga, Metadome menubuhkan anak syarikat yang dipecahkan kepada Alibi Music, Alibi TV, Alibi Media dan Alibi Pictures,” katanya.
Popularity: 4% [?]
Thursday 1:42 pm, 8th October 2009
Galeri: Malam Penghargaan Media ditulis oleh Metamobile 2 Komen
Thursday 1:23 pm, 8th October 2009
Malam Penghargaan Media METADOME Meriah ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Buat pertama kali Metadome telah meraikan sebilangan wartawan hiburan dan artis dibawah naugannya seperti Imran Ajmain, Liyana Jasmay, The Fabulous Cats, Nurul Wahab, Han dan Sleeq untuk bercuti ke Suria Cherating Beach Resort, Pahang.
Percutian yang mengambil masa dua hari satu malam itu sememangnya menyeronokkan kerana ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Semua wakil media dan artis tidak sabar-sabar untuk bercuti bersama disamping merapatkan hubungan diantara mereka. Bagi artis-artis Metadome, hanya dikesempatan inilah untuk mereka kenal dengan lebih rapat dengan wakil media yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kareir mereka.
Kehangatan percutian bermula apabila semua media dan artis berkumpul di KL Sentral tepat jam 7.00 pagi kecuali Nurul dan Liyana Jasmay. Rombongan telah dibawa menaiki 2 buah bas dan bertolak pada jam 8.00 pagi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ini dihiburkan dengan keletah dan coleteh yang tak henti-henti oleh wartawan hiburan Shahir dari Diva RTM, Ayie Murai dan Faizal EH! sewaktu didalam bas.


Setibanya di Suria Cherating Beach Resort kira-kira jam 3.30 petang, kami disambut dengan meriah oleh petugas-petugas hotel dan masing-masing merehatkan diri di bilik sebelum memulakan acara sukan pantai. Tepat jam 5.00 petang aktiviti sukan pantai dimulakan. Empat kumpulan dibahagikan dan setiap satu membabitkan 10 ahli yang diketuai Eksekutif Promosi Metadome, Marina Juki selaku ketua kumpulan Me’mods, Zulaikha Aidid (Viva La Lekor), Afdal Shahizad (Wolf) dan Azahari Jaffar (Semput). Tergelak sakan apabila melihat masing-masing menunjukan aksi dalam sukaneka yang dijalankan antaranya ialah lari dalam guni, membawa bola ping pong, tarik tali dan sebagainya.



Dalam ucapan aluan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Metadome Sdn. Bhd, Encik Ferhard Ahmad “Majlis ini telah lama dirancang oleh pihak kami, ia adalah bertujuan untuk menhargai jaga baik media yang telah member sokongan kepada Metadome selama ini. Ia juga adalah salah satu cara kami mendekatkan media, artis dan juga kakitangan Metadome dengan lebih dekat lagi”.
Pada sebelah malam nya pula, acara yang pasti dinantikan; Malam Penghargaan Media. Majlis makan malam ini memang ditunggu-tunggu oleh pihak media kerana banyak hadiah menarik disediakan untuk acara cabutan bertuah. Dalam masa yang sama, kumpulan yang telah dibahagikan telah bersiap sedia untuk membuat persembahan. Empat tajuk dicadangkan dan kumpulan Me’mods dan Wolf memilih Percutian Tidak Dapat Dilupakan sebagai judul persembahan mereka manakala Viva La Lekor dan Semput telah mengunakan isu ‘Rempit’.



Kumpulan Me’Mods telah dipilih sebagai juara oleh juri yang diketuai oleh Encik Ferhard. Me’mods dibarisi anggota kumpulan TFC, Cat Farish dan Wangi serta seorang ahli Sleeq, Alyph berjaya menang RM1,000. Antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan para media ialah iPhone, Sony PSP, Blackberry, TV LCD 32’ dan pakej percutian ke Melbourne, Australia.


Bagi anugerah ‘Pakaian Terbaik’ wartawan hiburan Berita Harian, Zaidi Mohamad mengungguli kategori lelaki sementara wartawan Mangga Onlline Noraini Wahab menang bagi kategori wanita. Saat yang paling mengembirakan bagi jurugambar Utusan Malaysia, Jeffry Iran, apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang menawarkan pakej percutian ke Melbourne, Australia.
Pada malam itu juga, artis-artis naugan Metadome tampil membuat persembahan. Ia turut diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah.
Han membuat persembahan pembukaan malam itu dengan lagu Bisikan Rindu dan Mungkin Ada Lagi. Manakala Liyana Jasmay, menyampaikan lagu Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.


Sleeq yang dianggotai, Alyph dan Syarif, tampil dengan lagu Cun Saja dan Untuk Dia. Sementara Imran Ajmain membawakan lagu Radio dan single terbarunya, Jika Engkau Pergi. Nurul pula tidak ketinggalan mempamirkan vocal mantapnya dengan memilih lagu Tika Cinta dan Kata Hati. Persembahan diakhiri dengan nyanyian TFC yang dianggotai Cat Farish, Zizi (AF7), Wangi dan Adeep menerusi lagu Cinta Kosmik, Syurga Seketika (lagu duet Zizi dan Wangi) serta Hilang (Adeep).

Rombongan bertolak pada keesokan harinya pada jam 1.00 petang, setelah dibawa ke Balok untuk membeli pelbagai jenis Keropok Ikan, Keropok Lekor dan Batik.
Diharap percutian ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh pihak media dan artis. Kami selaku penganjur ingin memohon ampun dan maaf jika ada yang tidak berpuas hati pada sepanjang majlis berlangsung . diharap majlis sebegini akan menjadi acara tahunan untuk semua wakil media. Jumpa lagi di Malam Penghargaan Media tahun hadapan.
Komen wartawan:
Yanie, Harian Metro: “ 9 tahun saya menjadi wartawan termasuk wartawan sambilan, inilah majlis penghargaan media yang paling happening yang pernah saya hadiri. Ini adalah kerana, hari ini kami media dan artis seperti keluarga dan keputusan cabutan bertuah, haidah bagi sukan juga dibuat dengan sangat telus, tidak seperti Majlis Penghargaan Media yang saya hadiri sebelum ini. Kecil atau sederhana sesuatu majlis itu bukanlah menjadi kayu pengukurnya, yang paling penting, matlamat untuk menyatukan media dan artis dapat dijayakan, dan Metadome berjaya melakukan..TANHIAH…
Shahir, Diva RTM : “ Hanya ada satu perkataan sahaja, SUPERB”
Zaidi, Mohamad Berita Harian : “ Enjoy, it’s really fun, walaupun masa percutian amat singkat, tapi ia cukup mengembirakan. Cuma kalau boleh tahun-tahun hadapan diharap semua artis dapat sama-sama naik bas, ia lebih menyeronokkan. Tahun hadapan kita ke Paris ok juga kan…?”
Nonie, Mangga Online : “ Best gile…! sebab semua yang ada disini satu kepala, walaupun saya wartawan baru tapi kami boleh rapat. Cuma kalu boleh tahun hadapan Majlis Penghargaan Media Metadome bolehlah buat di Bali…hehehehehe…”
Botak, Klik! : “Mewah, percutian yang sangat mewah…lagi best kalu Blackberry dijadikan goodie bags untuk setiap wakil media yang hadir…semua wakil media akan happy….!”
Semua Gambar diambil daripada galeri Facebook Metamobile
http://www.facebook.com/Metamobile
Popularity: 4% [?]


























