Terkini @ Jusradio

JusRadio Istimewa Ramadan

Terkini @ Blog

Artis Alibi Music

MetaPanel


PageRank Checking Icon
Facebook Twitter Youtube

ShoutMix chat widget

Archive for 'Nabila Huda'

Wednesday 11:49 am, 8th July 2009

Ada apa pada suara? – HIP Berita Harian ditulis oleh Metamobile none Komen

Biar ada yang masih meragui bakat mereka sebagai penyanyi, semuanya tidak menjadi kudis

Biar ada yang masih meragui bakat mereka sebagai penyanyi, semuanya tidak menjadi kudis

NABILA Huda, 24, dan Liyana Jasmay, 21, bukan tidak berbakat dalam bidang lakonan. Malahan mereka antara nama yang terus menyemarakkan skrin kaca TV dan layar perak. Masing-masing mempunyai kekuatan dan aura tersendiri untuk terus utuh dalam arena seni.

Namun, alasan bergelar penyanyi kini bukan kerana sudah tidak mampu bertahan sebagai pelakon, sebaliknya mereka ada sebab berbuat demikian.

Jika Liyana menceburi bidang nyanyian kerana ingin mencuba pasaran berbeza, Nabila pula berkata, ia bermula hanya suka-suka. Apatah lagi, Nabila juga mewarisi bakat nyanyian daripada bapanya, rocker Amy Search. Mereka digandingkan kali ini dengan gaya berbeza dengan konsep ‘suka-suka’ diberi nama ‘tribute to Hollywood’.

Ia dilakukan bersempena perlambangan imej yang ditonjolkan mereka iaitu pelakon yang bergelar penyanyi. Nabila bergaya bagaikan pelakon dan model seksi berwajah klasik, Dita Von Teese, manakala Liyana diberi kesempatan berada dalam ‘tubuh’ badan penyanyi Avril Lavigne, salah seorang penyanyi kesukaannya. Biar ada yang masih meragui bakat mereka sebagai penyanyi, semuanya tidak menjadi kudis buat mereka.

Perihal bergaya di depan kamera bukan satu masalah buat mereka dan semuanya direalisasikan dengan mudah. Tampak anggun dengan busana tajaan Nik Erwan Roseli, kolaborasi mereka bukan asing lagi kerana pernah berlakon bersama di dalam siri Sari Maya dan sebuah filem yang bakal menjengah pawagam, Duhai Si Pari-Pari. Ketika ini, perancangan sekuel Sari Maya bakal disambung tidak lama lagi.

Nabila Huda dan Liyana Jasmay

Menyingkap sisi nyanyian, pastinya bait lirik berbunyi “Hey! Hey! Hey! Aku Tak Percaya Cinta” dan “Kau X-Raylah hatiku, Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku” semakin menjadi siulan kebelakangan ini.

Menurut Nabila, percubaan pertamanya sekadar untuk berseronok. Lagu ciptaan Edrie Hashim berjudul X-Ray itu dirakamkan tahun lalu sebelum bergelar isteri kepada Zaidy Zailani.

“Saya hanya melakukannya demi keseronokan dan melakukan percubaan. Malah, saya melakukan semua ini secara diam-diam tanpa dimaklumkan kepada sesiapapun. Alih-alih, saya sendiri pun terkejut tiba-tiba lagu itu mula diputar di corong radio sedangkan saya sendiri tak memberi harapan yang tinggi ia akan dimainkan.

“Bimbang dan risau juga kalau orang luar tidak dapat menerima kehadiran lagu itu. Ini semua usaha ibu tiri saya, Norish yang beriya-iya melakukan semua ini melalui hasil perbincangannya dengan Edrie Hashim. Mulanya ramai yang tidak menyangka lagu itu milik saya. Malah ada yang menyangka ia adalah nyanyian penyanyi Indonesia.

“Saya sendiri pernah tertanya betul ke saya sudah merakamkan lagu. Saya sendiri tidak yakin boleh menyanyi pada mulanya, namun berkat dorongan papa (Amy Search), mummy, suami dan ahli keluarga yang lain, saya menjadi bersemangat. Saya sendiri tidak berasa yang saya layak digelar penyanyi kerana sebelum ini saya pernah beritahu tumpuan utama saya ialah berlakon,” kata Nabila yang tidak menyangka akan terjebak dengan perkara itu.

Nabila HudaNabila Huda

Kata Nabila, dia masih lagi merangkak di dalam bidang nyanyian dan terus menelusuri sisi lain untuk bergelar penyanyi.

Katanya, dia sekadar mahu berhibur suka-suka dan tidak mengharapkan jangkaan yang terlalu tinggi daripada pemerhati dan penggemar muzik.

“Kalau ada yang terhibur mendengar lagu itu, saya tumpang gembira. Tapi kalau ada yang tak suka, apa saya boleh buat. Saya pun tidak pernah terfikir akan keluar album ketika ini. Tapi kalau setakat keluar single lagi, mungkin boleh. Berlakon pun sudah penat kerana perlu bermain emosi, inikan pula untuk mempunyai album penuh.

“Malah peluang saya mengacara dan mengikuti siri Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru juga menjadi azimat berharga untuk saya menikmati kegemilangan papa. Terdetik juga di hati saya untuk menjadi lagenda sepertinya. Namun, itu semua sekadar angan-angan. Pada masa yang sama, saya juga dapat berkongsi keghairahan peminat papa dan Search,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Teratak Mahligai arahan Zul Arshad dan telefilem Nilai Cinta.

Melihat susuk tubuhnya yang semakin montok, Nabila tanpa berselindung memberitahu selera makannya memang cukup dahsyat. Sambil berseloroh penuh makna, pelakon filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu tidak menafikan yang dia sebenarnya memang kuat makan. Suami tercinta dan kawan-kawan pun suka melihat saiz Nabila sekarang, malahan Nabila juga selesa dan yakin diri dengan apa yang dimilikinya itu.

Ironinya, berat badannya itu turut menjadi bukti betapa Nabila cukup bahagia di sisi suami. Bahkan, hingga ke saat ini, ada yang menyangka Nabila masih anak dara.

“Saya memang suka makan dan bersaiz sebegini. Bayangkan saya boleh makan nasi lemak dua bungkus pada waktu pagi, diikuti makan nasi sebelah tengah hari dan malam. Kalau saya nak kurus dan demi nampak cantik sewaktu berlakon (demi tuntutan watak), saya akan bersenam.

“Kehidupan peribadi saya seperti biasa dan paling seronok ada insan tersayang yang selalu dekat di hati saya. Bangun tidur, ada orang di sebelah kita. Biar sibuk dengan komitmen berlakon dan mengacara, saya akan pastikan meluangkan masa bersama suami. Mujur dia memahami dan tidak kisah,” katanya yang belum ada rezeki untuk bergelar ibu.

Serasi konsep pop remaja

SEMENTARA itu, calon Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Liyana Jasmay (Nana) bakal melancarkan album mininya tidak lama lagi. Album EP yang dihasilkan menerusi kerjasama syarikat milik adik-beradiknya, Regal Way Marketing dan syarikat Metadome itu berkonsepkan Pop Teen Rock ala penyanyi Miley Cyrus dan Avril Lavigne.

Menggunakan khidmat komposer Ajai, Nana yang sudah muncul dengan single Aku Tak Percaya Cinta sedang berkira-kira untuk memilih lagu lain sebagai sandaran single kedua. Apa yang dilakukan kini sama ada berlakon dan menyanyi bukan sekadar melepaskan batok di tangga, sebaliknya, ia dilakukan dengan cara yang betul atas minat yang mendalam.

Biar ada yang menghentam dan mengkritik keupayaannya menyanyi, dia hanya mampu berdiam diri dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah terselindung. Niatnya sekadar memeriahkan industri dengan konsep pop remaja yang jarang ada di Malaysia.

“Nana percaya dalam 10 orang yang memberi tidak suka, pasti ada sekurang-kurangnya seorang yang bersifat sebaliknya. Tipulah kalau Nana cakap tidak sentap atau berasa hati kerana sebagai manusia biasa, Nana juga mempunyai perasaan. Tapi kalau Nana sedih pun tidak lama, selepas itu Nana jadikan semua kata-kata itu sebagai sesuatu yang positif.

“Baik atau buruk sesuatu publisiti tetap menjadi promosi untuk diri kita. Kalau ada yang mengusik menyanyikan bait lirik Hey! Hey! Hey! Aku Tak Percaya Cinta pun, Nana percaya ia mudah disebut sebab mudah diingati. Nana sedar apa yang dilakukan Abang Ajai adalah mengikut kemampuan vokal Nana. Malah, Nana ada mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi untuk mengasah suara,” kata duta produk Maybelline itu.

Kini dunia nyanyian dan lakonan seimbang di matanya. Teman rapat Aizat ini mula berlakon seawal usia sembilan tahun dan apa yang dilakukan kini dengan menceburi bidang nyanyian atas alasan yang kukuh.

“Nana menyanyi sebab nak buka peluang baru supaya dapat mendekatkan diri dengan peminat menerusi cara yang berbeza. Nana pun teringin nak berlakon filem bercorak muzikal yang memerlukan kekuatan dan keseimbangan nyanyian, tarian dan lakonan.

“Ini juga sebagai usaha untuk membina jenama baru terhadap nama Nana. Di Malaysia kita jarang melihat konsep pop remaja seperti di Barat. Lalu, Nana berharap langkah permulaan ini akan diikuti penyanyi baru yang mungkin meminati genre muzik yang sama,” katanya.

Berbicara mengenai bidang lakonan, Liyana kini menjalani penggambaran Niyang Rapik The Movie. Selain Duhai Si Pari-Pari, filem lakonannya yang sedang menanti tayangan ialah Papadom dan Pisau Cukur. Liyana juga sedang rancak mempromosikan albumnya di samping mengikuti siri Jelajah 11 Era.

LIYANA JASMAY
Nama: Liyana Jasmay.
Asal: Kuantan, Pahang.
Umur: 21 Tahun.
Tarikh Lahir: 28 Mac 1988.
Kerjaya: Pelakon & pelajar.
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-19.
Filem: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom & Duhai Si Pari Pari.

NABILA HUDA
Nama sebenar: Nabila Huda Suhaimi.
Asal: Kuala Lumpur.
Anak: Sulung daripada tiga beradik
Antara drama: Mentari Jingga, Impak Maksima, Elly 1 & 2, Usia dan KL Menjerit The Series, Dari Mata Arisa, Sari Maya, Laila Majnun.
Filem: Akhirat, Rock, Cinta Yang Satu, Bujang Senang, Duhai Si Pari-Pari, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Kerjaya: Pelakon dan pengacara.

Penghargaan
Solekan Liyana Jasmay: Solekan: Riezza Amour (013-4343615)
Dandanan rambut Liyana Jasmay: Ayim dari De’ Beauty & House Studio (017-3662091)
Solekan dan dandanan rambut Nabila Huda: Bosco (016-6091614)
Busana putih dan biru: 016-2500935/017-2431482 atau e-mel nikerwanroseli@ yahoo.com.my atau kunjungi laman blog www.nikerwanroseli.blogspot.com.

Nada Dering Pemanggil – X-Ray – Nabila Huda
Maxis
- Dail *131*116795# tekan “CALL/SEND”
Digi
- Sms CT BUY 56356 JB hantar ke 2000
Celcom
- Sms CMT 59219 hantar ke 22990
Umobile
- Sms CT 135635 hantar ke 28118

Nada Dering Pemanggil – Aku Tak Percaya Cinta – Liyana Jasmay
Maxis - Dail *131*123872# tekan “CALL/SEND”
Digi - Sms CT BUY 58156 JB hantar ke 2000
Celcom - Sms CMT 61615 hantar ke 22990
Umobile - Sms CT 146250 hantar ke 28118

Popularity: 3%



Tuesday 6:07 pm, 17th March 2009

Lirik Lagu – Nabila Huda – X-Ray ditulis oleh Metamobile 11 Komen

Nabila HudaCiptaan: Edrie Hashim
Lirik: Edrie Hashim

Andai kata..
Kau masih meragui cintaku
Buka mata.. pandang dalam mataku

Andai kata
Masih kau curiga kepadaku
Telah ku kata di hati hanya kamu

Ku nyanyikan lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Janji kita berdua

Andai benar
Tak terasa getaran cintaku
Peluk lah aku pasti kau akan tahu

Tak akan mungkin terbuang
Satu perasaan cinta yang makin dalam..
Tak bisakah kau rasa?

Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku
Percayalah
Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah keping keping laras cintaku
Periksalah
Semua untuk kamu

Percayalah Sayang
Pasti hanya Kamu.

Andai Kata..
Masih kau curiga kepadaku.

Kita nyanyi lagu cinta
Moga kekal terpatri di hati kita
Ku mahu kau percaya

Dapatkan lagu X-Ray ini eksklusif di Metamobile!

Nada Dering Pemanggil “X-Ray” daripada Nabila

Nabila Huda - X-RayCaller Ringtone Maxis: Dail *131*116795# tekan “CALL”

Callertunes Digi: Sms CT BUY 56356 JB hantar ke 2000

Call Me Tones Celcom: Sms CMT 59219 hantar ke 22990

Color Tones Umobile: Sms CT 135635 hantar ke 28118

Cara Muat Turun Lagu Penuh: Sms FS  G70167 hantar ke 32010 (maxis sahaja)

Pra-dengar Nabila – X-Ray :

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Popularity: 19%