Thursday 1:42 pm, 8th October 2009
Galeri: Malam Penghargaan Media ditulis oleh Metamobile 2 Komen
Thursday 1:23 pm, 8th October 2009
Malam Penghargaan Media METADOME Meriah ditulis oleh Metamobile 4 Komen

Buat pertama kali Metadome telah meraikan sebilangan wartawan hiburan dan artis dibawah naugannya seperti Imran Ajmain, Liyana Jasmay, The Fabulous Cats, Nurul Wahab, Han dan Sleeq untuk bercuti ke Suria Cherating Beach Resort, Pahang.
Percutian yang mengambil masa dua hari satu malam itu sememangnya menyeronokkan kerana ia turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Semua wakil media dan artis tidak sabar-sabar untuk bercuti bersama disamping merapatkan hubungan diantara mereka. Bagi artis-artis Metadome, hanya dikesempatan inilah untuk mereka kenal dengan lebih rapat dengan wakil media yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kareir mereka.
Kehangatan percutian bermula apabila semua media dan artis berkumpul di KL Sentral tepat jam 7.00 pagi kecuali Nurul dan Liyana Jasmay. Rombongan telah dibawa menaiki 2 buah bas dan bertolak pada jam 8.00 pagi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ini dihiburkan dengan keletah dan coleteh yang tak henti-henti oleh wartawan hiburan Shahir dari Diva RTM, Ayie Murai dan Faizal EH! sewaktu didalam bas.


Setibanya di Suria Cherating Beach Resort kira-kira jam 3.30 petang, kami disambut dengan meriah oleh petugas-petugas hotel dan masing-masing merehatkan diri di bilik sebelum memulakan acara sukan pantai. Tepat jam 5.00 petang aktiviti sukan pantai dimulakan. Empat kumpulan dibahagikan dan setiap satu membabitkan 10 ahli yang diketuai Eksekutif Promosi Metadome, Marina Juki selaku ketua kumpulan Me’mods, Zulaikha Aidid (Viva La Lekor), Afdal Shahizad (Wolf) dan Azahari Jaffar (Semput). Tergelak sakan apabila melihat masing-masing menunjukan aksi dalam sukaneka yang dijalankan antaranya ialah lari dalam guni, membawa bola ping pong, tarik tali dan sebagainya.



Dalam ucapan aluan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Metadome Sdn. Bhd, Encik Ferhard Ahmad “Majlis ini telah lama dirancang oleh pihak kami, ia adalah bertujuan untuk menhargai jaga baik media yang telah member sokongan kepada Metadome selama ini. Ia juga adalah salah satu cara kami mendekatkan media, artis dan juga kakitangan Metadome dengan lebih dekat lagiâ€Â.
Pada sebelah malam nya pula, acara yang pasti dinantikan; Malam Penghargaan Media. Majlis makan malam ini memang ditunggu-tunggu oleh pihak media kerana banyak hadiah menarik disediakan untuk acara cabutan bertuah. Dalam masa yang sama, kumpulan yang telah dibahagikan telah bersiap sedia untuk membuat persembahan. Empat tajuk dicadangkan dan kumpulan Me’mods dan Wolf memilih Percutian Tidak Dapat Dilupakan sebagai judul persembahan mereka manakala Viva La Lekor dan Semput telah mengunakan isu ‘Rempit’.



Kumpulan Me’Mods telah dipilih sebagai juara oleh juri yang diketuai oleh Encik Ferhard. Me’mods dibarisi anggota kumpulan TFC, Cat Farish dan Wangi serta seorang ahli Sleeq, Alyph berjaya menang RM1,000. Antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan para media ialah iPhone, Sony PSP, Blackberry, TV LCD 32’ dan pakej percutian ke Melbourne, Australia.


Bagi anugerah ‘Pakaian Terbaik’ wartawan hiburan Berita Harian, Zaidi Mohamad mengungguli kategori lelaki sementara wartawan Mangga Onlline Noraini Wahab menang bagi kategori wanita. Saat yang paling mengembirakan bagi jurugambar Utusan Malaysia, Jeffry Iran, apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang menawarkan pakej percutian ke Melbourne, Australia.
Pada malam itu juga, artis-artis naugan Metadome tampil membuat persembahan. Ia turut diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah.
Han membuat persembahan pembukaan malam itu dengan lagu Bisikan Rindu dan Mungkin Ada Lagi. Manakala Liyana Jasmay, menyampaikan lagu Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.


Sleeq yang dianggotai, Alyph dan Syarif, tampil dengan lagu Cun Saja dan Untuk Dia. Sementara Imran Ajmain membawakan lagu Radio dan single terbarunya, Jika Engkau Pergi. Nurul pula tidak ketinggalan mempamirkan vocal mantapnya dengan memilih lagu Tika Cinta dan Kata Hati. Persembahan diakhiri dengan nyanyian TFC yang dianggotai Cat Farish, Zizi (AF7), Wangi dan Adeep menerusi lagu Cinta Kosmik, Syurga Seketika (lagu duet Zizi dan Wangi) serta Hilang (Adeep).

Rombongan bertolak pada keesokan harinya pada jam 1.00 petang, setelah dibawa ke Balok untuk membeli pelbagai jenis Keropok Ikan, Keropok Lekor dan Batik.
Diharap percutian ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh pihak media dan artis. Kami selaku penganjur ingin memohon ampun dan maaf jika ada yang tidak berpuas hati pada sepanjang majlis berlangsung . diharap majlis sebegini akan menjadi acara tahunan untuk semua wakil media. Jumpa lagi di Malam Penghargaan Media tahun hadapan.
Komen wartawan:
Yanie, Harian Metro: “ 9 tahun saya menjadi wartawan termasuk wartawan sambilan, inilah majlis penghargaan media yang paling happening yang pernah saya hadiri. Ini adalah kerana, hari ini kami media dan artis seperti keluarga dan keputusan cabutan bertuah, haidah bagi sukan juga dibuat dengan sangat telus, tidak seperti Majlis Penghargaan Media yang saya hadiri sebelum ini. Kecil atau sederhana sesuatu majlis itu bukanlah menjadi kayu pengukurnya, yang paling penting, matlamat untuk menyatukan media dan artis dapat dijayakan, dan Metadome berjaya melakukan..TANHIAH…
Shahir, Diva RTM : “ Hanya ada satu perkataan sahaja, SUPERBâ€Â
Zaidi, Mohamad Berita Harian : “ Enjoy, it’s really fun, walaupun masa percutian amat singkat, tapi ia cukup mengembirakan. Cuma kalau boleh tahun-tahun hadapan diharap semua artis dapat sama-sama naik bas, ia lebih menyeronokkan. Tahun hadapan kita ke Paris ok juga kan…?â€Â
Nonie, Mangga Online : “ Best gile…! sebab semua yang ada disini satu kepala, walaupun saya wartawan baru tapi kami boleh rapat. Cuma kalu boleh tahun hadapan Majlis Penghargaan Media Metadome bolehlah buat di Bali…hehehehehe…â€Â
Botak, Klik! : “Mewah, percutian yang sangat mewah…lagi best kalu Blackberry dijadikan goodie bags untuk setiap wakil media yang hadir…semua wakil media akan happy….!â€Â
Semua Gambar diambil daripada galeri Facebook Metamobile
http://www.facebook.com/Metamobile
Popularity: 4%
Tuesday 9:54 am, 6th October 2009
Metadome Bawa Artis, Wartawan Bercuti – Portal Gua ditulis oleh Metamobile 2 Komen

The Fabulous Cats
Dalam sibuk-sibuk orang memenuhi undangan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri hujung minggu lalu, Metadome Sdn Bhd telah mengambil kesempatan membawa semua artis naungannya iaitu Imran Ajmain, Liyana Jasmay, The Fabulous Cats, Nurul Wahab, Han dan Sleeq serta sebilangan wartawan hiburan untuk bercuti ke Suria Cherating Beach Resort, Pahang.
Percutian yang mengambil masa dua hari satu malam itu sememangnya menyeronokkan kerana ia turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik. Paling penting, semua wartawan mendapat layanan penuh mesra. Sama ada daripada pihak Metadome mahupun artis-artis yang turut serta. Sesuailah dengan tujuan mereka yang mahu meraikan pihak media yang banyak menyokong mereka selama ini.
Keghairahan percutian ini bermula sebaik sahaja bas bertolak dari KL Sentral seawal jam 8 pagi pada 3 Oktober lalu. Walaupun masing-masing mengantuk kerana perlu berkumpul pada jam 7 pagi, tetapi suasana di dalam bas kecoh dengan perangai masing-masing. Kalau Adeep (Fabulous Cats) sibuk buat lawak, geng-geng wartawan pula sibuk bergosip perihal artis. Maklumlah bukan senang hendak berhimpun bersama. Peluang yang ada digunakan dengan sebaiknya.
Kami tiba di Suria Cherating Beach Resort kira-kira jam 3.30 petang. Sebaik kaki melangkah ke lobi, petugas resort menyambut kedatangan kami dengan senyuman mesra dan setiap seorang disematkan dengan sekuntum bunga di dada masing-masing. Selepas menghilangkan dahaga, semua masuk ke bilik masing-masing sebelum memulakan aktiviti sukan pantai.
Tepat jam 4.30 petang, semua artis dan wartawan telah pun siap sedia untuk beraksi. Kami dibahagikan kepada empat buah kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli. GUA satu kumpulan dengan Imran Ajmain dan Han OIAM. Manakala geng produksi GUA satu kumpulan dengan Fabulous Cats. Petang itu pantai Suria Cherating Beach Resort riuh-rendah dengan gelak-ketawa dan sorakan daripada rombongan kami. Semua artis juga ‘sporting’ dan tidak segan untuk bermain bersama. Cuma Nurul sahaja tidak kelihatan kerana tiba agak lewat kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Kemuncak acara percutian ini pastilah Malam Penghargaan Media yang diadakan pada sebelah malamnya. Majlis makan malam ini memang ditunggu-tunggu oleh pihak media kerana banyak hadiah menarik disediakan untuk acara cabutan bertuah. Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah iPhone, Sony PSP, Blackberry, TV LCD 32’ dan pakej percutian ke Melbourne, Australia.
Malam itu, sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah enak, pihak media turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis Metadome. Tambah menarik, semua wartawan yang hadir turut menunjukkan bakat masing-masing apabila setiap kumpulan dikehendaki mengadakan persembahan. Pendek kata, Malam Penghargaan Media itu berlangsung dalam suasana cukup meriah dan gamat.
Kepada Metadome Sdn Bhd, terima kasih diucapkan kerana sudi mengundang GUA untuk percutian ini. Diharapkan usaha ini dapat mengeratkan hubungan dan memudahkan kerjasama pada masa akan datang. Kepada semua artis, terima kasih kerana begitu ‘sporting’ dan sudi menjawab setiap soalan yang dilemparkan. Harap-harap segala tindakan anda di Cherating bukanlah sesuatu yang palsu tetapi ikhlas daripada hati. Ingat! wartawan dan artis saling memerlukan
Popularity: 3%
Friday 10:22 am, 4th September 2009
Samrah Aidilfitri – Sg Wang Plaza ditulis oleh Metamobile none Komen
Tuesday 12:34 pm, 18th August 2009
Metastarz News – Metadome Allstarz Road Tour @ Singapura & Johor ditulis oleh Metamobile none Komen
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=zrkkFk5SarM]
Popularity: 3%












