Blog Metamobile » Maya

Kisah lucu syarikat produksi – Harian Metro
KISAH pelbagai ragam dan gelagat pengarah muda berbakat yang bekerja di syarikat produksi, Shine Pictures antara paparan menarik dalam drama romantik komedi, Dari Mata Ke Hati yang dibawakan khas InnerShine.

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd (ROSB) dengan kerjasama Ambang Fokus Sdn Bhd (AFSB) dan mendapat sentuhan pengarah muda, Isma Yusoof diterajui pendatang baru berbakat besar yang mampu melakonkan watak lucu seperti Shahz Jaszle dan Sharnaaz Ahmad bersama pelakon popular Ashraf Muslim, Sari Yanti dan Intan Ladyana.

Selaku penerbit drama ini, Shahrulezad Mohameddin berkata, pihaknya tampil dengan cerita itu selepas ditawarkan AFSB yang meminta menghasilkan drama berkaitan kecantikan mata yang boleh menarik perhatian penonton atau buat orang jatuh cinta.

“Drama lima episod ini hanya membabitkan tempoh 15 minit setiap episod kemudian semua episod digabungkan untuk siaran selama sejam. Penggambaran drama ini hanya sepuluh hari saja.

“Saya juga memberi kepercayaan kepada Isma yang juga anak didik saya kerana pihak AFSB tetap inginkan sentuhan saya dalam cerita ini. Kebetulan, saya terbabit dengan penggambaran drama Tari Tirana.

“Isma sudah berlakon dengan produksi kami selama 4 tahun. Sepanjang bekerja dengan produksi kami, Isma yang pernah mengarahkan drama Merah Putih juga menunjukkan minatnya mengarah drama selain berlakon. Pihak kami mengharapkan dia menjadi pengarah pelapis pada masa depan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Dari Mata Ke Hati, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Cerebos Malaysia Sdn Bhd, Koh Joo Siang dan Penerbit bersama ROSB, Fazli Baharom serta barisan pelakon Dari Mata Ke Hati, .

Mengenai penampilan bakat baru dalam drama itu, Shahrulezad berkata, dia tidak ada masalah bekerja dengan bakat baru seperti Shahz Jaszle dan Sharnaaz kerana mereka ada bakat yang boleh digilap menjadi pelakon yang baik.

“Sebenarnya, Shahz dan Sharnaaz juga berlakon dalam drama Tari Tirana arahan saya yang masih dalam penggambaran lagi.

“Pihak AFSB mencadangkan nama Shahz untuk memegang watak utama dalam cerita ini kerana mereka ingin tampilkan muka baru yang segar untuk menarik golongan remaja.

“Manakala penampilan bintang remaja seperti Sari Yanti, Intan Ladyana dan Ashraf pula untuk menarik perhatian penonton yang juga peminat mereka di luar sana,” katanya.

Shahrulezad berkata, cabaran yang dihadapi ialah untuk membuat drama yang turut mempromosikan produk InnerShine.

Katanya, sebab itu dia tampil dengan cerita yang ada kekuatan pada objek mata itu sendiri.

“Sebenarnya buat drama ini lebih mudah berbanding pembikinan drama Tari Tirana yang membabitkan aspek tarian.

“Mesej yang hendak disampaikan ialah mengenai cabaran dalam kehidupan golongan muda hari ini dan pada masa sama, cinta itu juga bermula pada mata sebelum menusuk ke hati.

“Pihak kami merancang untuk buat sambungan projek ini menjadi drama bersiri nanti, jika drama ini mendapat sambutan hangat dari penonton,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar, Khidmat Pelanggan, Media Prima Berhad, Mohamad Azri Abdul berkata, drama atau program televisyen memaparkan kehidupan remaja sememangnya sudah begitu banyak dihasilkan. Namun, drama Dari Mata Ke Hati yang ditaja InnerShine@ Pati Beri ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Apa yang menarik, penonton bertuah berpeluang berlakon dengan Shahz Jaszle sebagai pemilik mata menawan melalui pencarian Innershine@Berry Beautiful Eyes 2009 dan menang barang kemas bernilai RM10,000 dari Diamond & Platinum.

“Selain itu, drama ini diselitkan dengan unsur komedi serta pengajaran positif untuk tatapan penonton. Pihak kami yakin Dari Mata Ke Hati ini akan dapat mencapai objektifnya untuk TV3 dan InnerShine berinteraksi dan memberi habuan kepada penonton dan pelanggan setianya selama ini,” katanya.

Drama yang disiarkan di TV3 setiap Sabtu, jam 4.45 petang mulai 7 November ini, mengisahkan Farid, pengarah filem yang menjadi kegilaan wanita kerana wajahnya yang tampan dan berjaya pada usia muda.

Dia yang baru tamat penggambaran filem perlu mencari skrip hebat untuk projek filem seterusnya. Justeru, dia mengiklan pencarian skrip di laman blognya yang dinamakan ‘Dari Mata Ke Hati’.

Ketika inilah, Farid ternampak sepasang mata yang menawan hatinya. Dia juga sedaya upaya mencari pemilik mata itu dan mula angau serta melakukan tindakan yang bukan-bukan.

Selepas mengetahui kisah Farid, semua pekerja syarikat Shine Pictures terutama pekerja wanita juga cuba merebut peluang untuk memikat Farid dengan pesona mata mereka.

Makin Langsing Lepas Kahwin – Harian Metro
TANGGAL 26 Jun lalu, pelakon dan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Matahari, Maya sah bergelar isteri kepada kerabat Pahang yang juga ahli perniagaan, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38.

Kini, sudah empat bulan, Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee, 33, melayari kehidupan berumahtangga dengan lelaki pilihannya itu.

“Saya semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai isteri. Saya juga beruntung kerana dikurniakan suami yang cukup memahami minat saya yang mendalam pada bidang seni yang diceburi, sejak 12 tahun lalu.

“Sebagai isteri, saya juga menyokong minat dan hobi suami bermain kereta kawalan jauh berprestasi tinggi sejak zaman bujang lagi.

“Contohnya, jika tidak terbabit dengan mana-mana penggambaran drama atau persembahan, saya pasti meluangkan masa menemani suami dengan hobinya yang turut disertai anggota RC Club lain di Titiwangsa pada hujung minggu.

“Hobi bermain kereta kawalan jauh ini bukan saja diminati golongan kanak-kanak tetapi orang dewasa. Tidak dinafikan kos menceburi bidang itu mahal kerana membabitkan minyak kereta, enjin dan tayar yang perlu disediakan. Kereta juga perlu dicuci selepas selesai perlumbaan,” katanya.

Selepas bergelar isteri, Maya berkata, dia tetap menjaga penampilannya seperti pada zaman anak dara dulu.

“Sebenarnya, selepas berkahwin, setiap wanita perlu lebih menitikberatkan penampilan dan kesihatan kerana ia penting untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga mereka.

“Ramai yang menegur saya nampak lebih langsing selepas berkahwin. Hakikatnya, saya memang menjaga pemakanan yang diambil dan pada masa sama menghabiskan banyak masa di pusat gimnasium, dua kali seminggu sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Maya yang berasal dari Macap, Johor, dia dan suami terpaksa menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat ini.

“Mungkin orang tidak tahu, kami juga belum sempat untuk berbulan madu kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Kami merancang untuk memberi tumpuan membesarkan keluarga selepas majlis persandingan kedua-dua belah pihak, selesai nanti.

“Sepatutnya, majlis persandingan di sebelah pihak perempuan pada Oktober lalu, tapi kerana kesibukan aktiviti seni dan banyak majlis rumah terbuka ketika itu, kami memutuskan majlis persandingan itu ditangguhkan pada Disember nanti,” katanya.

Buat masa ini, kata Maya, dia sibuk membuat persiapan untuk majlis persandingan di sebelah pihaknya yang akan berlangsung di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, Johor.

“Tarikh majlis persandingan di sebelah pihak saya juga dijangka pada 12 atau 13 Disember nanti. Setakat ini, persiapan dari segi pelamin dan baju untuk bersanding sudah siap.

“Selepas majlis persandingan di Batu Pahat, barulah kami buat persiapan untuk majlis persandingan di sebelah pihak lelaki di Kuala Lumpur pula,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Maya berkata, dia kini mempertaruhkan single terbarunya berjudul Mata ciptaan komposer Cat Farish yang kini mula mendapat tempat di stesen radio tempatan.

“Selepas majlis persandingan selesai, saya akan memberi fokus mempromosikan single ini di kaca televisyen pula nanti.

Manakala, pembikinan mini album pula sudah siap sebanyak 60 peratus.

“Selain single Mata, satu lagi lagu yang sudah siap dan bakal dimuatkan dalam mini album ini juga ciptaan Cat Farish berjudul Bersalah,” katanya.

Maya yang pernah muncul dengan album terakhirnya, Sinar Cinta pada 1998 berkata, dia juga sanggup keluar bajet sendiri untuk merealisasikan mini albumnya itu.

“Saya juga bergerak sendiri dan tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman lagi. Syarikat Metadome pula terbabit dengan urusan promosi single Mata dengan stesen radio tempatan,” katanya.

Maya (Matahari) Nak Buat Comeback – Mangga Online
Maya ‘Matahari’ sememangnya sinonim dengan panggilan kepada penyanyi wanita yang pernah popular dengan lagu Matahari suatu ketika dulu. Tidak mahu lari jauh dari imej tersebut, Maya menjelaskan album terbaru akan melihat kesinambungan kepada konsep yang pernah dipopularkannya dulu.

“Walau Maya gunakan nama lain sekalipun, orang akan kenal Maya dengan panggilan Maya Matahari. Seakan-akan sudah jadi trademark pula.

“So Maya rasakan ada baiknya Maya kekalkan nama tersebut untuk album terbaru nanti,” ujar Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee.

Selepas 10 tahun sepi tanpa sebarang album, Maya kini akan membuat comeback dengan lagu berjudul Mata hasil ciptaan Cat Farish. Kenapa Cat? Kenapa selepas 10 tahun?

“Maya sendiri yang minta Cat lagu tersebut kerana dia tahu apa yang Maya inginkan dan senang bekerjasama dengannya. Cat siapkan lagu tersebut dan Maya sendiri berikan judul Mata.

“Maya takut buat album dulu memandangkan ekonomi tidak stabil. Sekarang pun Maya keluarkan modal sendiri dan Metadome Sdn Bhd akan bertindak mempromosikan lagu Maya di stesen radio.” ulasnya ketika Majlis Pelancaran Drama Dari Mata ke Hati.

Maya disifatkan cukup bertuah apabila lagu Mata dipilih menjadi lagu tema untuk drama Dari Mata ke Hati yang ditaja oleh InnerShine Pati Berry.

“Saya sendiri yang menawarkan lagu tersebut kepada syarikat InnerShine kerana tahu mereka sedang dalam perancangan mencari lagu untuk Pencarian InnerShine Berry Beautiful Eyes. Dan syukur lagu saya berkaitan mata,” katanya.

Belum Ada Perancangan Anak

Melayari kehidupan berumahtangga sememangnya membawakan erti kehidupan di sisi lain Maya. Mengakui amat bahagia melayari bahtera suami, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz. Namun baginya belum masa untuk memikirkan soal orang baru di dalam keluarga.

“Honeymoon pun tak sempat. Macam mana kami ada masa nak fikirkan soal anak? Tanggungjawab semakin berat bila jadi seorang isteri sebab saya sibuk dengan lakonan dan show.

“Tapi suami sangat memahami. Mungkin sebab kami berdua sudah matang so tak timbul perbalahan yang tak patut. Tapi kalau shooting di luar sampai berhari-hari memang dia tak bagi,” ujarnya yang akan bersanding di Batu Pahat bulan Disember ini.

Maya akan muncul dengan mini album terbaru yang dijadualkan keluar sekitar awal tahun depan di mana ia akan memuatkan lima buah lagu termasuk Matahari. Peminat boleh mendengar lagu Mata setiap Sabtu jam 4.45 petang mulai 7 November ini di TV3 atau di corong radio.