Archive for 'Liyana Jasmay'

Monday 11:14 am, 1st March 2010

The Fabulous Cats di Muzik-Muzik ditulis oleh Metamobile 1 Komen

The Fabulous Cats mempertaruhkan lagu “Lari” untuk pencalonan baru Muzik-Muzik. Artis lain Alibi Music yang juga mencalonkan lagu mereka ialah Hujan (Mencari Konklusi) dan Liyana Jasmay (Aku Jatuh Cinta) - Azahari

Muat Turun Nada Dering Pemanggil “Lari
Maxis:
Dail *131*97404# tekan “CALL”
Digi: Sms CT 0048226 hantar ke 2000
Celcom:
Sms CMT 52009 hantar ke 22990
Umobile:
Sms CT 146276 hantar ke 28118

Muat Turun Nada Dering Pemanggil Aku Jatuh Cinta
Maxis - Dail *131*133131# tekan “CALL/SEND”
Digi - Sms CT 0064364 hantar ke 2000
Celcom - Sms CMT 64015 hantar ke 22990
Umobile - Sms CT 158288 hantar ke 28118

Muatturun Nada Dering Pemanggil “Mencari Konklusi
Untuk Maxis Dail *131*142659# tekan “CALL
Untuk Digi Sms CT 0070920 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 66106 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 173689 hantar ke 28118

Popularity: 1% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Wednesday 12:47 pm, 20th January 2010

[Video] Liyana Jasmay – Aku Jatuh Cinta ditulis oleh Metamobile 4 Komen

Muat Turun Nada Dering Pemanggil Aku Jatuh Cinta
Maxis - Dail *131*133131# tekan “CALL/SEND”
Digi - Sms CT 0064364 hantar ke 2000
Celcom - Sms CMT 64015 hantar ke 22990
Umobile - Sms CT 158288 hantar ke 28118


Popularity: 2% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Saturday 6:55 pm, 16th January 2010

Liyana Jasmay – Aku Jatuh Cinta – Alibi Cosmic Concert ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Sertai Fan Page Liyana Jasmay di Facebook

Muatturun Nada Dering Pemanggil “Aku Jatuh Cinta
Untuk Maxis Dail *131*133131# tekan “CALL
Untuk Digi Sms CT 0064364 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 64015 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 158288 hantar ke 28118


Popularity: 1% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Friday 3:20 pm, 8th January 2010

Alibi Cosmic Consert ditulis oleh Metamobile 12 Komen

highlight_alibi_resend

Metamobile ingin menjemput 30 pembaca bertuah Blog Metamobile ke Alibi Cosmic Consert!

Butiran mengenai konsert tersebut:

Tempat:
Wisma Bentley, Mutiara Damansara

Tarikh:
15 Januari 2010

Masa:
8.00 malam

Artis – artis:
Imran Ajmain, The Fabulous Cats, Liyana Jasmay, HUJAN,
Marsha, HanOIAM, Sleeq dan ramai lagi.

=== update ===

Kaunter Tiket dibuka semula untuk kuota pembaca akhbar Kosmo!

Emailkan Nama, Email, Nombo telefon dan Kad Pengenalan bertajuk “Kosmo! ajak saya ke Konsert Alibi Cosmic!” ke:

farhan@meta-dome.com

============
gua_media_rasmi

http://www.budiey.com/menangi-jemputan-pembaca-sensasi-selebriti-ke-konsert-alibi-cosmic/

Popularity: 6% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Monday 4:54 pm, 7th December 2009

Anugerah FFF Cosmopolitan – Tahniah Liyana Jasmay & Nurul! ditulis oleh Metamobile 2 Komen

cosmo4

Tahniah kepada Liyana Jasmay yang berjaya memenangi anugerah FFF Pelakon di majlis Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 yang diadakan pada 5 Disember 2009 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Tahniah juga kepada Nurul yang berjaya meraih anugerah Best Dress walaupun tidak berjaya dalam kategori FFF Penyanyi.

Popularity: 3% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Monday 4:11 pm, 7th December 2009

Pecah dominasi muka lama – Kosmo! ditulis oleh Metamobile 2 Komen


TAHUN 2009 boleh dikatakan sebagai tahun gemilang buat pelakon comel Liyana Jasmay apabila sekali lagi diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2009 (ASK09) selepas kemenangan yang sama di Festival Filem Malaysia ke-22 sebelum ini.

Kemenangannya membuktikan sememangnya dia seorang pelakon serba boleh apabila memenangi kategori yang sama menerusi dua filem yang berbeza.

Jika di FFM22 kejayaannya diperoleh menerusi filem arahan Adflin Shauki iaitu Papadom, kali ini Liyana menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Kami The Movie arahan Fariza Azlina Isahak.

TAHUN 2009 adalah tahun untuk gadis berusia 21 tahun ini apabila terus menguasai anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Bercakap mengenai kemenangan pertamanya di ASK09, gadis berusia 21 tahun ini mengakui tidak menyangka lakonannya dalam filem Kami The Movie diberi perhatian oleh pihak juri.

“Saya tidak sangka langsung akan menang kerana semasa FFM filem Kami The Movie langsung tidak tercalon dalam senarai lima teratas.

“Apa pun saya bersyukur kerana apa yang saya dapat hari ini semuanya kerana doa dan restu ibu bapa saya,” ujarnya.

Meskipun dua filem lakonnya itu memberi impak yang besar terhadapnya, Liyana memberitahu, kedua-dua filem tersebut sangat berbeza antara satu sama lain.

“Saya suka filem Kami The Movie kerana tidak ramai pengarah baru yang berani untuk melahirkan filem sebegitu rupa yang kasar dan agak keras. Tetapi untuk filem Papadom saya lebih rileks,” tuturnya.

Tambahnya lagi, kemenangan berganda tahun ini membuatkannya sedikit takut kerana selepas ini harapan orang ramai terhadapnya lebih tinggi.

“Memanglah dalam setiap filem saya akan cuba lakukan yang terbaik tetapi bila dah menang pelakon terbaik dua kali berturut-turut harapan pengarah pada saya lebih tinggi nanti. Bimbang tidak dapat lakukan apa yang mereka harapan pada saya,” katanya.

Walaupun diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada usia yang masih muda, Liyana masih merasakan dirinya bukan lagi yang terbaik memandangkan pengalamannya sebagai pelakon masih hijau berbanding pelakon senior yang lain.

“Bila dah menang dua kali saya tidak anggap saya yang terbaik kerana bagi saya bila sudah menang saya harus tingkatkan lagi mutu lakonan berbanding sebelum ini.

“Ramai lagi pelakon di luar sana yang sangat bagus cuma orang tidak nampak bakat mereka. Saya bertuah kerana orang nampak apa yang saya kerjakan. Saya amat bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini,” ungkapnya yang akan menjalani penggambaran sekuel filem Papadom pada tahun hadapan.

Malam Erma

ERMA membuktikan drama yang pernah dipanggil jijik merupakan naskhah yang sangat hebat.

Pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima pulang dengan senyuman puas apabila drama arahannya yang berjudul Tersasar Di Jalanmu yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menang besar malam itu.

Drama itu membawa pulang enam trofi iaitu Pengarah Terbaik Drama, Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Drama (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Norish Ismail) dan Videografi Terbaik.

Tuturnya, buat pertama kali dalam sejarah hidupnya hadir pada majlis anugerah adalah untuk menang tetapi tidak menyangka akan membolot hampir keseluruhan anugerah untuk kategori drama.

“Memang rasa boleh menang kerana drama ini sungguh istimewa. Tetapi tidaklah sangka akan menang sebesar ini. Drama ini sebenarnya pernah ditolak oleh sebuah stesen televisyen kerana kata mereka cerita saya jijik.

“Memang cerita saya ini nampak kotor kerana itulah realitinya di luar sana yang orang tidak tahu tambahan drama saya ini tidak ada nilai komersial disebabkan hampir kebanyakan pelakon yang dipilih tidak popular tetapi hebat mutu lakonannya,” ujarnya.

Erma yang turut bertindak sebagai penulis skrip bagi drama tersebut meskipun drama yang mendapat rating tertinggi di RTM itu sebuah cerita rekaan tetapi ia berdasarkan kehidupan realiti komuniti di Lorong Haji Taib yang terkenal dengan pelacuran, kongis gelap serta dadah.

Melakukan penggambaran di lokasi sebenar iaitu di Lorong Haji Taib telah membuka mata Erma untuk membantu menyedarkan masyarakat sekeliling tentang masalah sosial yang semakin meruncing.

“Walaupun dalam drama ini kebanyakan penggambaran dilakukan di lorong-lorong tetapi itu adalah gambaran sebenar yang ingin saya tonjolkan. Perkara seperti pelacuran, penagihan darah samseng semuanya terjadi.

“Saya tersentuh ketika saya membuat tinjauan sebelum penggambaran kanak-kanak yang tinggal di situ bermain di lorong-lorong pada pukul 2 pagi dengan di kelilingi oleh pelacur dan penjual dadah.

“Cuba bayangkan kanak-kanak ini bercita-cita ingin menjadi seorang menteri walaupun dia tinggal di kawasan yang sebegitu teruk. Peratusan untuk kanak-kanak ini menyambung kerjaya ‘turun-temurun’ di lorong itu amat tinggi. Itu yang menyebabkan saya membuat drama yang boleh dikatakan antara drama yang paling sukar pernah dibikin,” terangnya lagi.

Selepas ini, Erma akan membawa pula teater Natrah ke televisyen dengan menjadikannya sebuah drama bersiri 26 episod.

Que menang lagi

QUE HAIDAR menggenggam anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Terlerai Takbir Kasih.

Pelakon hebat Que Haidar yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Terlerai Takbir Kasih mengatakan kemenangannya di pentas ASK bukanlah yang pertama.

Ini kerana pada tahun lepas Que telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Drama menerusi drama Tuhan Pun Tahu.

Bercerita mengenai kemenangannya, Que juga tidak menjangka kerana saingannya seperti Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Jalil Hamid sungguh hebat.

“Mereka semua sangat bagus sebab itu macam tidak sangka untuk menang. Bila nama disebut saya bersyukur. Bagi saya mereka semua adalah pemenang malam ini,” katanya.

Jac tergamam

HAMPIR menitiskan air mata, Jaclyn tidak menyangka akan menerima Anugerah Yasmin Ahmad.

Penyanyi Jaclyn Victor yang menerima anugerah khas juri menerusi Anugerah Yasmin Ahmad ternyata gagal mengawal emosinya saat anugerah tersebut disampaikan oleh adik Allahyarham sendiri iaitu Datin Orked.

Menjelaskan dirinya masih belum layak untuk menerima anugerah besar itu, Jac sempat memberitahu meskipun tempoh masa perkenalannya dengan Allahyarham adalah singkat tetapi jasa yang diberikannya terlalu besar.

“Saya tidak tahu langsung anugerah ini akan diberikan kepada saya. Saya pernah menang di FFM22 tetapi ingatkan anugerah ini akan diberi kepada pelakon yang sering berlakon dengannya.

“Anugerah ini besar buat saya. Yasmin yang buat saya berlakon, bila dia sudah tiada saya rasa macam kehilangan sesuatu yang besar,” ujarnya.

Popularity: 2% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Monday 4:01 pm, 7th December 2009

Menang lagi – Harian Metro ditulis oleh Metamobile 2 Komen

MENANG atau kalah, adat bertanding. Namun, kalau sudah rezeki apa yang hendak dikata kerana itulah tuah namanya. Begitu diibaratkan kemenangan diraih Que Haidar, 31 dan Liyana Jasmay, 21, pada Anugerah Skrin 2009 (ASK2009), Jumaat lalu.

Berhadapan saingan sengit dalam kategori masing-masing iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Filem, mereka layak menang. Bahkan, ini adalah pencapaian kali kedua Que di pentas berprestij ASK selepas tahun lalu.

Sementara itu, kejayaan Liyana pula amat bermakna buatnya kerana boleh dianggap kemenangan berganda. Ia berikutan dia turut meraih anugerah sama pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22, Ogos lalu. Jadi, bakat lakonannya sudah terbukti.

Apapun, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata kemenangannya menerusi drama Terlerai Takbir Kasih boleh dikatakan cukup istimewa. Ini kerana dia mempunyai kenalan rapat yang hidup dalam situasi sama seperti karakter dilakonkan itu.

“Terlerai Takbir Kasih memaparkan kisah isteri ditinggalkan suami kerana berkahwin dengan perempuan lain. Jadi, mengambil kira apa yang berlaku kepada kenalan itu, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami konflik diri dan emosi dihadapinya.

“Saya dapat rasakan karakter ini sangat berat dan memerlukan lebih banyak emosi. Oleh itu, saya nekad buat yang terbaik dan syukur inilah hasilnya. Selain itu, saya juga mengaku timbul perasaan dalam hati pasti menang anugerah malam ini (kelmarin).

“Bagaimanapun, saya berhadapan saingan sengit dengan calon lain yang tersenarai dalam ‘Top 5′ seperti Jalil Hamid, Rosdeen Subuh, Fauzi Nawawi serta Fizz Fairuz. Bagi saya, mereka saingan hebat kerana kemantapan lakonan yang ditonjolkan.

“Masing-masing ada kekuatan sendiri. Cuma, nasib dan rezeki yang berpihak pada saya. Justeru, saya berterima kasih kepada pengarah, Mohd Heykal yang banyak membantu. Bahkan, paling penting dia memberi ruang pada saya berkarya,” katanya.

Menurut Que, yang baru bergelar bapa, walaupun kali pertama bekerja di bawah arahan Mohd Heykal, dia mendapat kepuasan diingini. Katanya, pengarah berbakat itu bijak mengendalikan pelakon kerana tidak pernah memberi tekanan.

Kata anak kelahiran Kulai, Johor itu lagi, pelakon dan pengarah harus rapat dan memahami kehendak antara satu sama lain. Dalam soal ini, apabila pengarah tidak memberi tekanan, wujud keselesaan bekerja. Jadi, semestinya dapat hasil yang bagus.

Liyana pula berkata, dia sangat terkejut dan tidak menyangka berjaya memenangi kategori itu terutama pada ASK2009, namanya dicalonkan menerusi filem mengetengahkan isu remaja, Kami The Movie.

“Syukur, ini kali pertama saya menang dalam ASK. Cuma, saya terkejut dan tidak menduga kemenangan ini, tetapi percaya semuanya atas doa ibu dan bapa saya. Mereka sentiasa memberi galakan dan merestui pembabitan saya dalam karier seni diceburi.

“Selain itu, saya juga seronok berlakon dalam Kami The Movie kerana watak dilakonkan kasar. Malah, pada masa sama saya suka melukis. Berbanding dengan karakter saya dalam Papadom yang menjurus pada hubungan kekeluargaan antara anak dan bapa,” katanya.

Gadis ceria ini mengakui dia gementar dan takut setiap kali hendak masuk ke set penggambaran filem. Ini kerana, katanya dia tidak tahu apa kehendak pengarah dan skrip untuk watak yang dipertanggungjawabkan.

“Dalam soal ini, saya utamanya hasil yang baik dan berkualiti pada lakonan dan bukan untuk menang anugerah semata-mata. Apapun, menerusi kemenangan ini saya bertekad akan lebih membuat yang terbaik pada masa depan.

“Bukan itu saja, saya juga kini dalam proses perbincangan untuk bekerjasama dengan pengarah muda indie yang ingin muncul di arus perdana. Bagaimanapun, apa filem dan siapa pengarahnya saya tidak boleh beritahu kerana belum ada hitam putih.

“Namun, yang pasti 2010 nanti saya akan ke set penggambaran filem Papadom 2 arahan Afdlin Shauki. Boleh dikatakan rezeki berlakon filem semakin murah dan prinsip saya tetap akan membuat yang terbaik untuk kepuasan,” katanya.

Ditanya mengenai pesaingnya, Liyana berkata dia berasakan pencabar terdekatnya adalah pelakon Sabrina Hassan menerusi filem Maut. Begitu juga dengan Nabila Huda dalam Bohsia. Namun, akurnya dia suka dengan lakonan Sabrina yang dianggap terbaik.

Bagaimanapun, katanya mungkin ramai yang tidak perasan keberkesanan lakonan Sabrina di layar perak berikutan wanita itu lebih cenderung berlakon drama. Namun, selain Liyana, kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem dimenangi Eman Manan dalam Wayang.

Manakala Pelakon Wanita Terbaik Drama pula dimiliki Rosnah Mat Aris menerusi Tersasar Di Jalanmu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Ida Nerina (Susuk), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Zulhuzaimy (Wayang), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama, Ahmad Tarmimi Siregar (Tak Serupa Tapi Sama).

>Profil

NAMA: Liyana Jasmay

ASAL: Kuantan, Pahang

TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988

USIA: 21 tahun

KARIER: Pelakon

FILEM: Antaranya Castello, Maut, Kami The Movie, Histeria, Papadom, Pisau Cukur dan Duhai Si Pari-Pari.

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, Pelakon Wanita Terbaik FFM22, Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK2009

Popularity: 2% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Monday 3:57 pm, 7th December 2009

Tuah Liyana Jasmay – Gua ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Selepas meraih kemenangan di Festival Filem Malaysia ke-22 di mana dia membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam ‘Papadom’, tuah Liyana Jasmay berterusan di Anugerah Skrin malam tadi apabila dia berjaya menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk ‘KAMI The Movie’.

“Saya tak ‘expect’ langsung sebab ‘Papadom’ tak tercalon dan di FFM, ‘KAMI’ bukan dalam Top 5. Tapi ini mungkin rezeki ‘KAMI’, mungkin rahmat tahun ini dan berkat dari doa ibu bapa dan keluarga,” kata Nana.

Kongsinya, dia seronok dapat turut sama dalam projek ‘KAMI’ yang digambarkannya sebagai sebuah karya yang lebih ’street’ dan watak yang dimainkan juga jarang diperolehi, seorang budak perempuan kasar yang suka menulis.

“Berlainan dengan watak dalam ‘Papadom’ yang lebih dekat dengan diri saya, seorang anak yang bakal ke kolej, yang ingin bebas dari ibu bapanya.”

Ditanya jika dia terasa tertekan untuk memastikan kejayaan yang sama buat semua watak lakonannya selepas ini, memandangkan sudah dua kali berturut-turut dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik, jawab Nana, “Setiap kali saya berlakon, saya mesti ingin buat yang terbaik. Saya perlu fikirkan tentang keperluan pengarah dan penulis skrip, kena pastikan kerja yang saya hasilkan berkualiti dan ada peningkatan.”

Ceritanya, tahun depan ada watak bagus yang menantinya. Selain ‘Papadom 2′, ada juga sebuah projek dengan seorang pengarah indie yang enggan didedahkan lagi identitinya.

“‘He’s good’ tapi tak boleh ‘reveal’ lagi siapa dia. Kami sudah berbincang tapi belum lagi tandatangani kontrak. Sekarang ini sudah ramai pengarah indie yang mula memasuki aliran ‘mainstream’, menghasilkan karya yang lebih komersil tetapi masih jarang diarahkan oleh kebanyakan pengarah lain,” ujarnya.

Popularity: 2% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Friday 10:20 am, 4th December 2009

Liyana Jasmay – Aku Jatuh Cinta [ Akustik ] HD ditulis oleh Metamobile 4 Komen

Popularity: 4% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS


Wednesday 10:58 am, 2nd December 2009

Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Album Digital Pertama – Budiey.Com ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Nampaknya, tidak sia-sia Liyana Jasmay muncul dengan single pertama Aku Tak Percaya Cinta sebagai langkah permulaan bagi untuk menapak bergelar penyanyi. Walaupun, ada yang kritik, LJ tak boleh menari dan mempunyai suara yang biasa-biasa, tapi itu semua tak menghalang semangatnya untuk terus berdiri sebagai penyanyi.

Tahniah! Untuk single kedua, Aku Jatuh Cinta, nampaknya LJ telah membuktikan beliau boleh pergi jauh. Di majlis pelancaran album digitalnya yang diadakan pada 18 November lalu, Liyana Jasmay telah mempersembahkan 5 buah lagu iaitu Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Penyelamat Cinta, Pelik dan Kejam. Semuanya bertemakan cinta.

Liyana Jasmay mahu menumpukan sepenuh perhatian kini untuk mempromosikan lagu-lagu barunya ini kepada peminat. Semoga sukses!

Album ini terbitan Regal-Way Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Metadome Sdn Bhd sebagai jentera promosi.

Ini antara gambar yang sempat Budiey ambil…

Popularity: 3% [?]

Kongsi entri ini sekarang!
  • Print
  • Twitter
  • Facebook
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Live
  • LinkedIn
  • RSS