Terkini @ Jusradio

JusRadio Istimewa Ramadan

Terkini @ Blog

Artis Alibi Music

MetaPanel


PageRank Checking Icon
Facebook Twitter Youtube

ShoutMix chat widget

Archive for 'Lah Ahmad'

Thursday 3:32 pm, 26th August 2010

Bubur Lambuk Alibi Music bersama Masjid Jamek Kg. Baru ditulis oleh Metamobile none Komen

Bubur Lambuk Alibi Music bersama Masjid Jamek Kg. Baru

Alibi Music tidak pernah melupakan tangungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Sempena bulan Ramadhan ini, buat pertama kali Alibi Music dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek  Kg. Baru mengadakan penyerahan bubur lambuk kepada orang ramai disekitar Kg. Baru pada 25 Ogos bersamaan dengan 15 Ramadan 1431 Hijrah.

Proses memasak bubur lambuk telah dimulakan oleh AJK dan penduduk kampung sekitar jam 8 pagi. Pihak Alibi telah menyumbang 4 periuk dari 15 periuk bubur lambuk pada hari ini. Antara artis yang terlibat pada hari ini ialah kumpulan The Fabulous Cats, Dayang Nurfaizah dan Lah Ahmad.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kg. Baru, Dato’ Hj. Idris Shaari Bin Mat Aris, “ Pihak Masjid berbesar hati menerima kedatangan warga kerja dan artis naungan Alibi Music, belum pernah syarikat rakaman sebegini mengadakan majlis penyerahan bubur lambuk, kebanyakkannya adalah datang dari syarikat-syarikat korporat dan badan-badan kerajaan.” Dengan adanya majlis yang sebegini, ia dapat merapatkan generasi muda untuk dekat dengan masjid.

Bubur Lambuk

Manakala KC Ismail, Ketua unit (Muzik), Alibi Music, menyifatkan majlis yang pertama kali diadakan ini adalah sangat bermakna kerana dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. ‘ isyaAllah, acara ini akan menjadi acara tahunan buat kami semua. “Bubur lambuk yang merupakan juadah istimewa pada bulan Ramadhan, bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Muslim tetapi juga oleh pelbagai kaum. Juadah istimewa ini menyatukan kita semua sebagai satu keluarga besar Malaysia,” tambah beliau lagi. Disamping itu juga, gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada bulan Ramadhan dapat menyatukan komuniti setempat, menyemarakkan semangat muhibbah dan suasana harmoni dalam masyarakat. Hal ini menyebabkan kami merasa terpanggil untuk menyumbangkan tenaga dalam program ini”. Inisiatif untuk menganjurkan program sebegini adalah adalah kali pertama diadakan, memandangkan belum ada syarikat rakaman yang membuat aktiviti sebegini. Sebanyak 1000 bungkusan bubur lambuk akan diagihkan seawal jam 5.00 petang.

Lagi gambar di Facebook Metamobile

Popularity: 1%



Tuesday 3:55 pm, 24th August 2010

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk ditulis oleh Metamobile none Komen

Majlis Penyerahan Bubur Lambuk

Alibi Music tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat. Sempena bulan Ramadan ini, buat pertama kalinya Alibi Music dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Baru mengadakan Majlis Penyerahan Bubur Lambuk kepada orang ramai pada 25 Ogos 2010 bersamaan dengan 15 Ramadan 1431 Hijrah.

Proses memasak bubur lambuk dimulakan oleh AJK dan penduduk kampung sekitar jam 8 pagi. Pihak Alibi Music menyumbang 4 periuk daripada 15 periuk bubur lambuk pada hari itu. Antara artis yang terlibat pada hari itu ialah kumpulan The Fabulous Cats, Dayang Nur Faizah dan Lah Ahmad.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kg. Baru, Dato’ Hj. Idris Shaari bin Mat Aris, “Pihak Masjid berbesar hati menerima kedatangan warga kerja dan artis naungan Alibi Music, belum pernah syarikat rakaman sebegini mengadakan majlis penyerahan bubur lambuk, kebanyakannya adalah datang dari syarikat-syarikat korporat dan badan-badan kerajaan. Dengan adanya majlis sebegini, ia dapat mengajak generasi muda untuk lebih dekat dengan masjid.”

Manakala KC Ismail menyifatkan majlis yang pertama kali diadakan ini adalah sangat bermakna kerana dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. IsyaAllah, acara ini akan menjadi acara tahunan buat kami semua. Sebanyak 1000 bungkusan bubur lambuk akan diagihkan seawal jam 5.00 petang.

Popularity: 1%



Friday 2:55 pm, 20th August 2010

[video] Metastarz News – Imran Ajmain [ Majlis Buka Puasa @ Alamanda] ditulis oleh Metamobile none Komen

Metastarz News - Imran Ajmain [ Majlis Buka Puasa @ Alamanda]

Majlis Buka Puasa bersama-sama Anak-Anak Yatim di Alamanda. Majlis ini juga diraikan oleh Lah Ahmad dan The Fabulous Cats.

http://www.youtube.com/watch?v=ng5N_0_Y8Ks

Popularity: 1%



Monday 2:35 pm, 2nd August 2010

Lah Ahmad di Singapura ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Lah Ahmad di Singapura

Lah Ahmad berada di Singapura untuk rakaman Sinar Lebaran, kolaborasi antara RTM dan Mediacorp Suria.  Lah juga sempat ke Ria 89.7FM untuk sesi interviu LIVE selama sejam bersama DJ Fiza O di segmen ‘Girlfriends‘ bagi mempromosikan lagu ‘Adinda‘ yang kini menduduki carta Ria.

Sinar Lebaran akan disiarkan di Suria dan RTM pada malam hari raya dan hari raya pertama.

Lah Ahmad - Sinar Lebaran

Lah Ahmad di Ria 89.7FM

Muatturun Nada Dering Pemanggil “Adinda“
Untuk Maxis Dail *131*152682# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0080219 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 72734 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 207053 hantar ke 28118

Popularity: 1%



Wednesday 4:54 pm, 14th July 2010

[video] Adinda – Belajar Kord Gitar bersama Lah Ahmad ditulis oleh Metamobile none Komen

[video] Adinda - Belajar Kord Gitar bersama Lah Ahmad Read more »

Popularity: 1%