Monday 11:00 am, 22nd February 2010
Memperingati Allahyarham Sudirman Haji Arshad ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Sudah 18 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita. Siapa yang tak kenal Sudirman. Penghibur No. 1 Asia. Orang Malaysia pertama membuat persembahan di Royal Albert Hall, London, Konsert Percuma (FREE) di Jalan Chow Kit, apa lagi.. macam-macam lagi kan.. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman.. Al-Fatihah..
Popularity: 1% [?]
Wednesday 3:30 pm, 10th February 2010
Selamat Pengantin Baru Diddy Hirdy ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Kami di Metamobile dan Alibi Music ingin mngucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Lelaki Atas Awan, Diddy Hirdy yang telah menamatkan zaman bujangnya. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. – Metamobile
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Lelaki Atas Awan”
Untuk Maxis Dail *131*147158# tekan “CALL”
Untuk Digi Sms CT 0072791 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 68899 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 181154 hantar ke 28118
Popularity: 2% [?]
Tuesday 2:20 pm, 18th August 2009
Tak buru gelaran primadona – Bipop ditulis oleh Metamobile none Komen

LIMA tahun dulu sebagai Phim, anak kehilangan kasih sayang ibu bapa, lalu terjebak di kancah sosial, dia mula memaparkan lakonan membanggakan menerusi Castello. Kini sebagai Amy, Liyana Jasmay, 21, akhirnya berjaya menampilkan lakonan cemerlang menerusi Papadom, sekali gus menobatkannya antara aktres termuda dalam sejarah penganjuran Festival Filem Malaysia untuk bergelar Pelakon Wanita Terbaik.
Pun begitu, Liyana tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menggenggam trofi yang menjadi idaman setiap aktres itu, namun bagi Salina Saibi, selepas menjayakan hampir 100 judul drama kira-kira lapan tahun lalu, kini barulah bakatnya menjadi perhatian apabila filem pertamanya, Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam, berjaya melonjakkan bakat lakonannya, lalu merangkul gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, baru-baru ini.
Liyana mula mengenali dunia lakonan seawal usia sembilan tahun lagi, namun dia hanya bergiat aktif ketika umurnya melewati 16 tahun apabila diperkenalkan Rosyam Nor menerusi Castello dan sejak itu tawaran lakonannya tidak pernah sepi. Hari ini namanya sudah berjaya berada di puncak apabila industri perfileman negara mengiktiraf bakat seninya.
“Apa yang saya peroleh hari ini adalah rezeki dan berkat doa daripada keluarga. Selain itu, kerja berpasukan daripada krew Papadom memainkan peranan besar kejayaan yang saya peroleh ini. Sekalipun watak saya di dalam Papadom agak simple, tapi ia sarat dengan emosi. Justeru, kejayaan ini adalah kejayaan bersama seluruh warga kerja Papadom, khususnya Abang Afdlin (Shauki) yang banyak memberi tunjuk ajar,” kata Liyana.

Selepas menggenggam kejayaan ini, layakkah Liyana bergelar primadona muda memandangkan kejayaan yang diperolehnya dalam waktu singkat?
“Kejayaan ini adalah antara matlamat atau ‘goal’ yang saya cita-citakan selama ini. Kini, ia sudah termakbul dan bukan bermakna saya berada di zon yang selesa, sebaliknya kerja keras harus dilipat gandakan. Saya tidak pernah terlintas untuk bergelar primadona, perjalanan seni saya masih jauh. Kehadiran saya dalam industri ini sekadar pelapis kepada industri filem, sekali gus menyambung legasi industri itu yang boleh kita banggakan hari ini. Sekurang-kurangnya saya bersyukur, lakonan saya mendapat tempat di hati juri dan mudah-mudahan peminat terus memberi sokongan kepada perjalanan seni saya.
“Namun, sebelum saya mengecapi kejayaan hari ini, saya sebenarnya sudah belajar daripada kegagalan. Orang kata gagal dulu, menang kemudian. Saya pernah gagal merebut gelaran Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada FFM19 menerusi Castello, hari ini kekecewaan saya sudah ditebus… alhamdulillah,” katanya lagi.
Umum sedia maklum, Liyana dikatakan berkawan rapat dengan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Aizat yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu. Justeru, sejauh mana perhubungan mereka setakat ini, sudahkah melewati fasa percintaan dan apa yang Aizat katakan kepada Liyana mengenai kejayaannya itu?
“Kami tetap berkawan baik seperti dulu, cinta ke, kahwin, tak pernah terlintas langsung. Lagipun kami masih muda, saya tak mampu meramal apa-apa mengenai persahabatan kami. Just go with the flow. Sekiranya perhubungan kami sebagai kawan baik mampu bertahan lama tanpa berdepan sebarang masalah dan akhirnya ditakdirkan bertemu jodoh dengannya, saya reda.
‘Aizat tumpang bangga’

“Mengenai kejayaan saya di FFM22 baru-baru ini, Aizat sangat gembira. Dia tahu saya suka berlakon, kini apabila trofi kebanggaan itu berada di genggaman saya, Aizat tumpang bangga,” kata Liyana berterus terang.
Selain dikenali sebagai pelakon filem dan drama, Liyana juga semakin gah menyusuri bidang nyanyian apabila single pertamanya, Aku Tak Percaya Cinta, semakin hari terus mendapat tempat di hati pendengar. Album mini pertamanya yang berkonsepkan teen pop rock, selain memuatkan lagu seperti Aku Jatuh Cinta, Pelik, Penyelamat Cinta dan Kejar dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri ini.
Namun, belum ada sejarah yang membuktikan, benar-benar wujud seorang artis berjaya menguasai kedua-dua bidang – lakonan dan nyanyian, sekali gus. Setakat ini hanya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang memonopoli pelbagai cabang seni dalam satu masa. Justeru, ada dakwaan yang meminta agar Liyana hanya beri tumpuan kepada lakonan semata-mata dan melupakan seni suara.
“Saya tak peduli apa orang kata! Saya akan terus mencuba dan berjaya sebagai penyanyi. Lebih sedekad lalu, orang pernah melabel Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyanyi kampung, dia tak boleh menyanyi dan macam-macam lagi. Lihat hari ini kedudukan Datuk Siti, dia adalah satu-satunya penyanyi terbaik, belum ada yang mampu menandingi kehebatannya di pentas nyanyian! Datuk Siti tidak mempedulikan cakap-cakap orang, dia berjaya,” kata Liyana tegas mempertahankan pendiriannya.
Bukan setakat itu saja, Liyana juga pernah dituduh Ratu Plagiat dalam laman web hiburan popular kerana lagu nyanyian dan cara penampilannya dikatakan meniru penyanyi remaja terkenal dunia, Avril Lavigne! Liyana juga didakwa penyanyi tiada identiti sendiri.
“Penggubah muzik saya, AG Coco adalah peminat Avril, justeru dia menghasilkan ‘bunyi’ seperti Avril dan mahu saya jadi seperti Avril, tapi bukan bermaksud meniru 100 peratus seperti bintang dunia itu. Orang kata saya tak ada identiti, saya tak peduli cakap-cakap orang! Avril adalah bench mark saya. Saya menyanyi dengan cara saya sendiri, keaslian itu hadir dari dalam hati, cuma pengaruh artis berkenaan saja yang diperkatakan orang,” tegasnya.
Salina sukar percayai kemenangan
Sementara itu, bagi Salina, sebalik diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dia mengakui terlalu sukar mempercayai keputusan itu. Katanya lagi, selama bergelar pelakon, dia berasakan dirinya jarang mendapat pendedahan media massa, jauh sekali memperoleh populariti, justeru apabila dia mendapat tempat di hati juri, dia ingin berkongsi kejayaan itu dengan seluruh produksi Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam, lebih-lebih lagi Datuk Yusof Haslam dan pengarahnya, Syamsul Yusof.
“Alhamdulillah, trofi kemenangan ini adalah rezeki anak saya yang baru lahir, sokongan suami, keluarga dan warga kerja Skop Productions. Saya tak pernah bermimpi memperoleh kejayaan sebesar ini. Saya juga jarang berpeluang mendekati pihak wartawan atas faktor kesibukan kerja menghalang saya mendapatkan perhatian media massa,” katanya.
Salina lambat popular, apa komen anda?
“Saya akui perkara itu. Saya tidak pernah menganggap diri saya popular. Justeru, apabila nama saya dibacakan antara lima terbaik dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, tepukan dan sorakan yang saya dengar daripada penonton, perlahan saja, saya tak terkejut. Tapi, apabila nama saya diumumkan sebagai pemenangnya, nak tercabut rasanya jantung ini!
“Bagi saya, apabila saya sudah mendirikan rumah tangga, mempunyai anak, baru saya dapat rasakan, ada juga publisiti. Tapi, sekalipun saya jarang mendapat perhatian media massa, alhamdulillah tawaran berlakon tak pernah putus. Namun, saya akui sokongan daripada pihak wartawan, publisiti daripada mereka, adalah antara tulang belakang kejayaan seseorang artis, itu saya tidak boleh menafikannya,” kata Salina lagi.
Katanya lagi, selepas menggenggam kejayaan ini, dia akan terus bekerja keras kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha berterusan.
“Liyana sudah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, insya-Allah suatu hari nanti saya juga bercita-cita untuk berjaya seperti dirinya,” kata Salina yang begitu teruja apabila kali pertama diberi peluang menjadi gadis penghias muka depan B*Pop sekalipun dia sudah lama bergelar pelakon.
INFO: Liyana
# NAMA PENUH: Liyana Jasmay
# TARIKH LAHIR: 28 Mac 1988
# ASAL: Kuantan, Pahang
# KELUARGA: Bongsu daripada empat beradik
# PENDIDIKAN: Diploma Seni Persembahan & Media di Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor (sambung belajar Mac 2010)
# FILEM: Castello, Syaitan, Maut, Histeria, Kami The Movie, Papadom, Pisau Cukur, Duhai Si Pari Pari dan Niang Rapik The Movie
# DRAMA: Laila Sari, Zeti & Mawas, Ponti Anak Remaja, Niang Rapik The Series, Najwa dan Sari Maya
# ALBUM MINI: Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta
# DUTA: Maybelline
# PENCAPAIAN: Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah.
INFO: Salina
# NAMA PENUH: Salina Saibi
# TARIKH LAHIR: 10 Januari 1982
# ASAL: Kuala Lumpur
# KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik
# FILEM: Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam
# DRAMA: Gerak Khas, CID, Pasrah, Air Mata Maria, Kembali Bertaut, Dari Mata Arissa, Bila Guruh Bergempita, Pintu Ke Syurga dan Spy Man
# KOMERSIAL: Kayla Beverly Hills
# PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah.
# NAMA SUAMI: Azmir Osman
# NAMA ANAK: Farah Syakira, lima bulan.
# Lokasi & kemudahan golf: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888).
# Terima kasih: Setiausaha eksekutif, Norazita Shahlasun (rita@tropicanagolf.com).
# Solekan & dandanan Liyana: Tiar Zainal (013 628 4835)
# Solekan & dandanan Salina: Bunge (019 669 7701).
# Kasut Salina: Figos.
Popularity: 3% [?]
Tuesday 12:53 pm, 18th August 2009
Afdlin, Liyana terbaik – RAP Harian Metro ditulis oleh Metamobile 2 Komen

“SAYA sanggup mati untuk orang yang saya sayangi. Apa saja untuk membahagiakan mereka,” luah pelakon dan pengarah tersohor, Afdlin Shauki apabila membicarakan soal keluarga.
Kasih sayang terhadap anak dan isteri diabadikan dalam filem terbarunya, Papadom yang mencatat kejayaan besar dalam Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) pada 8 Ogos lalu di bumi Bawah Bayu apabila mengungguli kategori Filem Terbaik, selain Aktres Terbaik menerusi kemenangan Liyana Jasmay dan Skor Muzik Terbaik (Syed Ahmad Faizal atau Pacai).
Papadom terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) turut menyaksikan keunggulan Afdlin sebagai Aktor Terbaik buat kali ketiga selepas memenanginya di FFM15 dan FFM19 dan mengiktirafnya dalam kategori Cerita Asal Terbaik.
Afdlin berkata, Papadom diilhamkan daripada kisah peribadinya yang terlalu sibuk membina karier sehingga masa bersama keluarga terbatas. Ketika membawa isteri dan anak bercuti, terdetik persoalan bagaimana hidupnya jika isteri tiada satu hari nanti.
“Saya terfikir apa yang akan berlaku kepada anak dan bagaimana saya mahu menjaga mereka? Adakah saya perlu menghantar mereka ke asrama atau melakukan pengorbanan besar dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka? Ia memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan Papadom yang sekali gus menjadi jawapan jujur kepada soalan itu.
“Saya sedar, sejak dua tiga tahun lalu fokus saya lebih kepada kerjaya. Walaupun berjumpa setiap hari, saya tidak dapat melihat perkembangan anak. Banyak yang saya ketinggalan, mujur ada isteri yang memahami.
“Saya percaya mungkin ketika ini kebanyakan bapa tidak berdepan masalah itu kerana masih ada isteri, tetapi apa akan terjadi bila isteri mereka tiada?
“Dalam Papadom, Saadom yang kehilangan isteri mengambil keputusan radikal melakukan perubahan demi anak kesayangannya, Miasara. Andai perkara sama berlaku kepada saya, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sama. Saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga anak,” katanya yang turut memaklumkan, selain melihat daripada perspektif seorang bapa, Papadom tidak ketinggalan mengetengahkan suara hati remaja yang memberontak inginkan kebebasan.
Akuinya, meskipun terdetik perasaan bersalah di hati, dia tidak mampu mengelak realiti dan perlu meneruskan rutin seperti biasa kerana sebagai ketua keluarga, menjadi tanggungjawabnya mencari rezeki serta memberi kehidupan lebih baik kepada famili tercinta.
Itulah dilema yang dihadapi kebanyakan bapa dan diharap Papadom dapat membuka mata ramai bahawa manusia banyak kekurangan.
“Tidak meluangkan banyak masa bukan bermakna saya tidak sayangkan anak. Merekalah permata hati saya dan apa yang saya lakukan kini adalah pengorbanan seorang bapa.
“Filem ini sangat dekat di hati saya kerana ia cerita saya. Terima kasih kepada TUSB kerana percayakan cerita saya yang sangat ‘simple’ ini.
“Saya percaya pasti ramai tertanya-tanya kenapa filem ini menang, sedangkan ia belum ditayangkan. Diharap pertanyaan itu membuatkan mereka teruja untuk menontonnya apabila keluar di pawagam 8 Oktober depan.
“Saya buat filem ini bukan untuk mengaut keuntungan atau dambakan wang yang banyak, sebaliknya mahu orang menontonnya. Saya sentiasa berusaha memberi idea terbaik dan mahu berkongsi dengan orang ramai,” katanya yang mengagumi karya Kabir Bhatia dan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Selasa lalu, bermulalah dimensi baru sisi karier Afdlin apabila mengarah filem serius pertama berjudul Jalan Lama. Filem bergenre drama thriller itu mengisahkan perjalanan penuh misteri dua beradik yang dibintangi Que Haidar sebagai Ilya dan Hans Isaac (Indra).
“Saya memang meminati genre ini dan sampai masanya saya mencabar kemampuan diri. Sewajarnya sebagai pengarah, saya mesti boleh menghasilkan apa saja genre.
“Ia mengisahkan Indra yang sudah lama tidak pulang ke kampung menerima berita kematian bapanya. Dia diminta membawa pulang adiknya, Ilya yang mengalami masalah gangguan obsesi konpulsif (OCD).
“Dalam perjalanan, dua beradik ini akan berdepan pelbagai perkara, termasuk kejadian aneh.
“Selain Que dan Hans, filem ini dibintangi Namron, Nasir Bilal Khan, Vanidah Imrah dan Marion Counter. Saya ada dalam filem ini, tapi mungkin peminat tidak perasan kerana kemunculan saya sekejap saja,” katanya.
Aktor berusia 38 tahun ini dikatakan banyak persamaan dengan Tan Sri P Ramlee, malah tidak mustahil dia akan jadi sehebat seniman negara itu. Apabila perkara ini diajukan kepadanya, Afdlin pantas menjawab, P Ramlee tidak ada pengganti.
“Tan Sri P Ramlee genius, mana mungkin saya akan menggantikan tempatnya. Mungkin persamaan kami daripada segi teruja menghasilkan filem. Itu tidak saya nafikan, tapi selebihnya tidak boleh dijadikan perbandingan.
“Saya sangat menyanjung tinggi karya beliau. Saya tidak akan ada di sini jika dia tiada. Saya cuba bawa apa yang saya ada dan berusaha memperbaiki diri setiap hari.
“Jika diukur, pencapaian saya tidak seberapa, malah perjalanan seni saya masih jauh,” katanya yang juga peminat setia Harun Salim Bachik.
Sementara itu, bagi Liyana Jasmay, bekerja dengan Afdlin sangat menyenangkan. Afdlin yang dianggap seperti bapa sendiri bukan saja profesional, tidak lokek berkongsi ilmu, lucu tetapi insan penyayang.
“Saya gembira dapat melakonkan watak Miasara. Untuk lebih menjiwai karektor, saya menghabiskan masa bersama Afdlin dan Miasara untuk melihat lebih dekat bagaimana hubungan antara bapa dan anak itu.
“Jujur, selepas menyusuri sisi peribadinya, saya lebih mengagumi Afdlin. Ternyata dia bapa dan suami yang sangat baik. Saya bangga menjadi sebahagian daripada ‘kisah peribadinya’ yang diangkat ke layar perak.
“Hingga hari ini saya masih terbawa-bawa perasaan sayang seorang anak terhadap Afdlin,” katanya.
Mengulas lanjut kemenangan di FFM22, Liyana berkata, dia tidak pernah berharap kerana sedar saingan kali ini sungguh sengit. Baginya, kemenangan ini berkat doa ibu bapa, Afdlin dan warga TUSB.
“Tak semestinya menang bermakna kita sudah bagus. Hakikatnya, bila menerima pengiktirafan sebegini, tanggungjawab lebih berat, malah ia memberi lebih tekanan untuk menghasilkan persembahan lebih baik.
“Harapan orang juga lebih tinggi selepas ini. Namun saya masih muda dan banyak lagi perlu dipelajari. Bagi saya, bagus andai buat salah daripada terus ada di puncak.
“Watak yang saya bawa kali ini berbeza daripada sebelum ini. Ia ‘simple’ tapi semakin mudah watak itu, semakin mencabar buat saya. Saya harap abang Rosyam dan Bade yang mula-mula menggilap bakat saya turut gembira dengan kemenangan ini,” katanya yang pernah dicalonkan bagi kategori Pelakon Harapan menerusi filem Castello tiga tahun lalu.
Popularity: 3% [?]
Tuesday 10:49 am, 4th August 2009
Liyana Jasmay elak bercakap pasal Aizat kerana takut dikutuk – Mstar ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Bakat Liyana semakin menyerlah dalam bidang lakonan mahupun nyanyian. -foto ihsan LIYANA JASMAY
KERNA sibuk berlakon filem ‘Niyang Rapik’, pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay terpaksa bercuti sebulan daripada menyiapkan album mininya, ‘Liyana Jasmay’.
Album berkonsepkan ‘rock remaja popular’ itu sepatutnya diterbitkan dalam bulan ini namun disebabkan dia baru sahaja menamatkan pengambaran filem arahan Ahmad Idham itu, jadi Liyana dijangka akan mengeluarkan album itu pada Oktober depan.
Lima buah lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah ‘Aku Jatuh Cinta’, ‘Kejam’, ‘Aku Tak Percaya Cinta’, ‘Pelik’ dan ‘Penyelamat Cinta’.
Selepas selesai menjalani pengambaran filem selama sebulan, kini Liyana akan menumpukan perhatiannya kepada nyanyian serta mempromosikan filem ‘Papadom’ dan ‘Pisau Cukur’ yang dijangka muncul di pawagam mulai 8 Oktober dan 5 November depan.
Liyana juga sedang menyambung pengajiannya di Kolej Sunway yang dijangka selesai pada tahun 2011.
Saban hari meniti nama sebagai anak seni, Liyana berkata dia tidak pernah mengenal erti jemu malah seronok dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Liyana memulakan kariernya sejak tahun 1997 dan mungkin ramai yang lupa, gadis berusia 21 tahun ini pernah berlakon sebagai pelakon pembantu drama kanak-kanak, ‘Si Lembik’.
Zaman kanak-kanak dan remajanya dilalui dengan suasana yang berlainan kerana Liyana membesar sebagai seorang selebriti.
Namun, jelas Liyana dia akan meneruskan kerjayanya ini selagi dia mengecapi kebahagiaan dengan hasil usaha yang dilakukan.
“Saya berlakon bukan kerana terpaksa tetapi keluarga saya sangat membantu dan buat kerja ini bukan kerana kewangan semata-mata.
“Saya masih menjalankan kehidupan seperti remaja lain dan gembira bersama keluarga.
“Memanglah kadangkala saya akan tertekan dengan orang keliling tetapi bukan kerana kerja yang saya buat .
“Jika saya sudah tidak bahagia dengan apa yang saya lakukan, mungkin saya akan berhenti daripada melakukannya,” luahnya yang akan menghabiskan masa melancong bersama keluarga, berehat di rumah atau bersiar-siar dengan kawan-kawan apabila mempunyai masa lapang.
Mengenai cinta, Liyana akui yang dirinya juga mempunyai naluri semulajadi yang sama seperti remaja lain.
Baru-baru ini tersiar cerita mengatakan Liyana sedang bercinta dengan Aizat namun sehingga sekarang mereka masih tidak mengakuinya.
“Saya seorang yang berfikiran panjang dan tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu dan ini.
“Saya tidak mahu minda orang lain terikat mengatakan saya dan seseorang itu sedang bercinta kerana sebolehnya saya ingin menumpukan kepada karier..lagipun bukan semua orang suka bercakap tentang hal ini.
“Cukuplah orang mengetahui yang sekarang ini saya hanya berkawan dengan Aizat. Kami memang rapat selepas saya mengenalinya sejak setahun lalu.
“Bukan saya takut untuk mengaku yang kami sedang bercinta tetapi saya nak elak dari dikutuk apabila perkara negatif berlaku.
“Saya tak suka perkara seperti itu berlaku lagipun saya ada banyak perkara yang ingin dilakukan.
“Baik saya biarkan saja pada sesiapa yang tahu tentang cerita ini..,” tegas Liyana yang tidak akan menipu sekiranya mereka benar-benar bercinta.
Tambah Liyana, dia juga menafikan Aizat merupakan insan yang banyak mendorongnya dalam bidang nyanyian sebaliknya komposer Ajai dan AG (Coco) yang banyak berpengaruh di awal pembabitannya sebagai penyanyi.
Masih ingat drama ‘Si Lembik’
Bercerita mengenai pengalamannya ketika berlakon drama ‘Si Lembik’, Liyana berkata waktu itu usianya baru mencecah sembilan tahun.
Sekarang, drama itu pun telah tertinggal jauh lebih sedekad lalu dan Liyana tidak pernah terfikir yang drama arahan Aznil Hj. Nawawi itu akan dibikin semula.
“Cerita itu memang ‘cute’ namun saya tidak pasti sama ada cerita itu akan dibuat semula atau tidak kerana setahu saya syarikat yang menerbitkan drama itu juga sudah tiada lagi.
“Saya masih ingat tentang bagaimana seronoknya saya menjalani pengambaran dengan kanak-kanak yang lain.
“Perasaan saya waktu tu bersifat semulajadi dan tidak terlalu serius,” kata Liyana mengenai drama yang mengambil inspirasi cerita ‘Little Rascal’ itu.
Selain ‘Si Lembik’, Liyana turut berlakon drama ‘Najwa’, ‘Dendam Terlerai’, ‘Cinta Sempadan’, ‘Balqis’, ‘Kami’, telefilem ‘Laila Sari’, filem ‘Kami The Movie’, ‘Castelo’ dan ‘Maut’.
Liyana juga merupakan jurucakap Maybelline sejak Mac lalu.
Popularity: 3% [?]
Saturday 10:00 am, 11th July 2009
Hafiz AF 7 – Pelancaran Album “Masih Jelas” ditulis oleh Metamobile none Komen

Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz akan melancarkan album sulungnya yang bertajuk Masih Jelas. Album ini mengandungi lagu-lagu hits seperti Masih Jelas, Bengang dan Bisikan.. Godaan. Majlis Pelancaran album ini akan diadakan pada 14 Julai 2009 di Delucca, Italian Restaurant, Kuala Lumpur.
Muat turun Nada Dering Pemanggil “Masih Jelas”
Untuk Maxis dail *131*137039# tekan “CALL”
Untuk Celcom sms CMT 65764 hantar ke 22990
Untuk Umobile sms CT 163940 hantar ke 28118
Muat Turun Lagu Penuh Masih Jelas
Untuk Maxis sms FS G70687 hantar ke 32010
Untuk Umobile sms MI 15001366 hantar ke 28118
Popularity: 6% [?]
Thursday 4:37 pm, 2nd July 2009
Fitnah semata-mata – Harian Metro ditulis oleh Metamobile none Komen

SKANDAL Mulan Jameela dan pemuzik Ahmad Dhani sudah lama diperkatakan, namun hal itu sering dinafikan kedua-dua mereka.
Sehingga hari ini pun, wanita yang dilahirkan dengan nama Raden Terry Tantri Wulansariia, 30, terus berahsia meskipun perceraian antara Dhani dan isterinya, Maia Estianty, juga anggota kumpulan Ratu, secara rasminya berakhir pada 23 September tahun lalu.
Saat pertemuan dengan wanita kecil molek ini di Grand Millenium Kuala Lumpur, baru-baru ini, Mulan tetap teguh dengan pendirian dan tidak tunduk pada asakan media yang cuba merungkai rahsia percintaannya dengan Dhani apatah lagi mereka dilaporkan sudah menikah.
“Dhani itukan bos saya merangkap produser album, jadi sudah tentulah kami sering bertemu dan bekerjasama, namun saya suka mengatakan persahabatan saya dan Dhani adalah atas dasar profesional semata-mata.
“Saya mual sebenarnya dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepada kami, namun saya sedar inilah harga yang perlu dibayar seorang anak seni.
“Saya tidak mahu gosip menjadi punca sehingga kami tidak lagi dapat bekerjasama, lalu saya putuskan untuk tidak mengambil peduli kata-kata orang.
“Biarlah masyarakat memandang serong yang penting dan paling mustahak sekarang adalah terus berkarya,” katanya.
Akui Mulan ingin saja dia mempertahankan diri, namun, menyedari kebarangkalian kenyataan mungkin dimanipulasikan atau ditokok tambah, membuatkan wanita berdarah Sunda ini lebih selesa berdiam.
“Berdiam itu lebih baik daripada heboh atau melenting kerana kenyataan demi kenyataan hanya membuatkan sesuatu masalah bertambah rumit.
“Mereka yang mendapat untung akhirnya nanti, tentu saja penyebar gosip. Justeru, saya lebih senang kalau berdiam kerana percaya lambat-laun mereka yang menabur fitnah juga pasti penat,” katanya.
Ditanya, sama ada gosip yang menghambat dirinya dan Dhani sejak 2007 ini tidak sedikitpun mengubah hati dan perasaan mereka dari seorang sahabat kepada kekasih sedangkan, apa yang diperkatakan ibarat ‘doa’ orang ramai apatah lagi, kedua-duanya bergelar duda dan dara.
“Iya lucu sekali. Gara-gara terlalu banyak gosip mengaitkan kami, pernah Dhani mengusik saya.
“Katanya pada saya, ayuh! Mulan kita realisasikan saja kata-kata mereka biar jadi betul dan puas hati semuanya,” katanya.
Akui Mulan, tatkala ini dia masih sendirian dan belum punya teman lelaki istimewa, tidak pernah menolak cinta, namun pengalaman membuatkan dia lebih berhati-hati dalam membuat pilihan, apatah lagi, mahligai yang dibina atas dasar cinta bersama bekas suami musnah di tengah jalan empat tahun lalu.
“Perasaan fobia itu masih ada. Pun begitu, sebagai wanita dan fitrahnya seorang manusia yang ingin dicintai dan disayangi, saya harus memberi peluang pada diri.
“Saya percaya Tuhan tidak kejam. Dia berikan kamu kesengsaraan, Dia gantikan dengan kebahagiaan. Mungkin, suatu hari nanti saya juga berhak memperoleh kebahagiaan itu.
“Justeru, saya harus beranikan diri untuk menjalin sebuah perhubungan. Apapun, lelaki pilihan saya itu haruslah menerima saya seadanya, anak-anak, Tiarani Savitri (semibilan tahun) dan Muhammad Rafly Aziz (enam tahun) serta keluarga dengan ikhlas,” katanya.
Beralih pada karier seni, selepas muncul dengan album solo diberi judul Makhluk Tuhan Paling Sexy, tahun lalu, kini Mulan kembali sibuk dengan perancangan album kedua.
Masih ditangani oleh Ahmad Dhani selaku produser, Mulan memaklumkan berkemungkinan 50 peratus lagu yang dimuatkan ke dalam album terbarunya itu adalah lagu saduran.
Jelas Mulan, menyanyikan semula lagu lama yang diberi nafas baru bukan bererti penggiat muzik Indonesia ketandusan idea sebalik cara ini sudah menjadi satu ‘aliran.’
“Tiada salahnya menyanyikan semula lagu lama kerana ia dapat mempopularkan kembali lagu serta penyanyi popular suatu masa dulu.
“Selain itu muziknya yang mesra pendengar juga memudahkan seseorang artis dikenali.
“Cuma cabarannya, lagu yang diberikan nafas baru itu harus lebih mantap dari segi susunan muzik dan nyanyiannya.
“Saya juga berasa rugi, jika dalam satu album itu memuatkan 10 lagu yang mana semuanya bagus belaka. Alangkah menguntungkan, jika lima daripada lagu itu gunakan untuk album akan datang.
“Manakala, kekosongan lima lagu lagi digantikan dengan lagu saduran yang diberi nafas baru,” katanya.
Masih mengekalkan unsur, pop, punk dan timur tengah, salah satu lagu siap dirakamkan Mulan adalah Cinta Mati 2 yang disampaikan secara duet dengan Mitha. Lagu ini turut dipilih sebagai single pertama.
Cinta Mati 2, asalnya sebuah lagu berbahasa Inggeris berjudul, Real Life, yang pernah dipopularkan Sergio Mendes. Namun, liriknya digubah ke bahasa Melayu sementara melodinya di beri nafas baru oleh Ahmad Dhani.
Sebelum menutup perbualan, Mulan sempat ditanya sama ada gosip percintaannya dengan Dhani memberi kesan terhadap perhubungannya dengan bekas janda ketua kumpulan Dewa, Maia yang juga rakan duonya sewaktu menganggotai Ratu.
“Selepas perpecahan Ratu kami sempat bertemu dua kali dan saya menegurnya untuk bertanya khabar dan dia juga menyambut pertanyaan saya dengan biak.
“Namun saya mengerti, sebaik kumpulan Ratu dibubarkan bermakna kami harus memilih haluan hidup masing-masing. Walau bagaimanapun saya tetap menghormatinya,” katanya.
PROFIL
Nama asal: Raden Terry Tantri Wulansari
Nama komersial: Mulan Kwok/Mulan Jameela
Tempat Lahir: Garut, Jawa Barat
Tarikh Lahir: 23 Ogos 1979
Bekas suami: Harry Indra Nugraha
Album: Ratu & Friends (2005), No Satu (2006), Mulan Jameela (2008) dan The Best of Republik Cinta Artists Vol 1 (2008)
Filem: Maaf Saya Menghamili Istri Anda (2007)
Drama TV/Telefilem: Primadona Mencari Surga, Pasangan Heboh, Bodyguard
Sang Penyanyi, Penyanyi Yang Difitnah, Habis Manis Suami Dibuang dan
Serumah Tapi Musuh
Lokasi: Grand Millenium Hotel, Jalan Bukit Bintang
Popularity: 3% [?]
Sunday 8:30 am, 28th June 2009
Michael Jackson – Kontroversi Demi Kontroversi ditulis oleh Metamobile none Komen

Michael Jackson
29 Ogos 1958
Michael Jackson lahir di Gary, Indiana. Anak ketujuh kepada Joseph dan Katherine Jackson.
1963
pada usia 5 tahun, Michael mula menunjukkan bakat sebagai penyanyi . Tampil didalm kumpulan Jackson 5 dan sangayahnya menjadi Pengurus kepada kumpulan berkenaan.
1968
Motown Records membawa Jackson 5 dan keluarganya ke Los Angeles, California. Single pertama mereka “I Want You Back” dilancarkan pada November 1969.
1970
Jackson 5 kemudian mengeluarkan album hit termasuk “ABC”, “The Love You Save” dan “I’ll Be There”. Michael yang pada ketika itu berusia 11 tahun sebagai vokallis mula digilai oleh pengemar muzik Amerika.
1975
Jackson 5 meninggalkan Motown dan beralih ke Epic Records dan mengubah nama kumpulan mereka kepada Jacksons dan terus melonjak dengan lagu-lagu mereka termasuk “Enjoy Yourself” dan “Shake Your Body (Down to the Ground).”
1979
Michael Jackson muncul dengan album solo pertama “Off the Wall.” Diterbitkan oleh Quincy Jones, album itu terjual lebih 7 juta unit. Antara lagu yang terkandung didalam album tersebut adalah “Don’t Stop Til You Get Enough” dan “Rock With You”.
1982
Jackson menjadi superstar dengan muncul denagn album kedua “Thriller”. Dengan lagu dan video klip dalam lagu “Billie Jean” dan “Beat It”, menjadi album paling laris sepanjang masa.
1984
“Thriller” meraih 8 percalonan Grammy Awards dan memenanginya.
Februari 1993
Jackson tampil didalam Oprah Winfrey Show dan menjelaskan mengapa dia mengubah kulitnya menjadi putih. Dia juga menceritakan betapa ayahnya sering memukulnya ketika masih kecil dan menjadikan dia sangat takut kepada ayahnya sendiri.
Ogos 1993
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang dikenali sebagai teman Jackson menuduhnya melakukan kesalahan seksual selama lima bulan di ranch Jackson di Encino, California. Jackson dibawa kemuka pengadilan.
12 November 1993
Jackson telah membatalkan konsertnya. Dikhabarkan beliau menjadi penagih ubah penahat sakit ketika itu dan menyatakan mula mengambil ubat itu setelah menjalani rehabilitasi pascaoperasi, sebuah prosedur yang dibuat setelah rambutnya terbakar ketika pengambaran iklan pada tahun 1984.
25 Januari 1994
Jackson membayar sejumlah wang damai untuk menghentikan ugatan yang diterimanya. Jumlah dianggarkan sehingga 20 juta dollar.
18 Mei 1994
Jackson berkahwin dengan Lisa Marie Presley, anak kepada Elvis Presley.
18 Januari 1996
Jackson dan Presley bercerai setelah dua tahun bernikah.
15 November 1996
Jackson berkahwin pula dengan Debbie Rowe, seorang jururawat yang ketika itu dilaporkan mengandungkan anak Jackson.
8 Oktober 1999
Jackson dan Rowe bercerai dan Jackson mendapat penjagaan penuh anak-anaknya.
November 2002
Jackson dikritik hebat kerana menghayunkan anaknya secara merbahaya di balkoni tingkat 4 dirumahnya. Tindakan itu dilakukan hanyalah untuk menunjukkan anaknya kepada peminat-peminat.
18 November 2003
Puluhan polis menggeledah rumah Jackson. Ia kembali dituduh melakukan Kesalahan seksual terhadap anak-anak.
13 Jun 2005
Juri menyatakan Jackson tidak bersalah.
5 Mac 2009
Jackson mengumumkan akan tampil sekitar 10 minit pada Julai di London’s 02 Arena dan menyatakan itu adalah konsertnya yang terakhir.
10 Mei 2009
AEG live mengumumkan konsert di London itu ditunda.
25 Jun 2009
Los Angeles Coroner’Office mengumumkan Jackson meninggal dunia karana serangan jantung . Brian Oxman, pengacara keluarga Jackson mengatakan Jackson pengsan di rumahnya di Los Angeles, California.
Diskografi
- Got to Be There (1972)
- Ben (1972)
- Music and Me (1973)
- Forever, Michael (1975)
- Off the Wall (1979)
- Thriller (1982)
- Bad (1987)
- Dangerous (1991)
- HIStory (1995)
- Invincible (2001)
(Sumber Malaysia Kini, CNN.com, Celeb Hot News dan Detik News)
Popularity: 2% [?]
Saturday 8:00 am, 27th June 2009
In Loving Memories – Michael Jackson 1958 – 2009 ditulis oleh Metamobile none Komen

Michael Jackson (1958 - 2009)
Pengemar muzik tanah air dikejutkan dengan kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung. Ia sekali gus mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.
Menurut pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah kediaman beliau.
Bintang dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana, Amerika Syarikat ini pernah bersama lima anak Jackson yang lain- Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael bagi membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun. Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular – The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.
Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang telah menghasilkan album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10. Album tersebut membuahkan kejayaan buatnya kerana berjaya meraih 8 anugerah American Music Awards, BRIT Awards dan 3 anugerah di Grammy Awards.
Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia. Pernah menerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya dan meraih 13 anugerah Guinness Book of World Records. ‘Trillers’ telah menjadi The Best Selling Album of All Time, Lifetime Achievement Awards dan Most Successful Music Video.
Pada tahun 1984, Jacko juga meraih bintang di Hollywood Walk of Fame. Begitu juga The Jacksons yang mendapatkannya 4 tahun sebelumnya. Si Pria yang juga mendapat gelaran moonwalker itu juga meraih penghargaan dari perbagai negara antaranya Australia, Brazil, Itali, Jepun, Spanyol, Hong Kong dan banyak lagi.
Bagi rakyat Amerika Jacko adalah penghibur yang pertama mengabungkan unsur hiburan dan musik di atas pentas. Ia membawakan lagunya dengan gaya tersendiri dan penampilan yang hingga kini jadi ikon fesyen dunia.
Popularity: 1% [?]




















