Tuesday 10:25 am, 10th August 2010
Selamat Menyambut Bulan Ramadan ditulis oleh Metamobile 1 Komen

Metamobile mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog Metamobile yang beragama Islam.
Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, hiasi telefon bimbit anda dengan nada dering pemanggil pilihan Metamobile sempena Ramadan.
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Raihan – Doa Niat Puasa“
Untuk Maxis Dail *131*140522# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0069677 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 66801 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 170422 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “6ixth Sense & Noe Letto – Cinta Yang Sempurna“
Untuk Maxis Dail *131*105522# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0051067 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 54882 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 112198 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “The Fabulous Cats, Imran Ajmain, Lah Ahmad, Altimet, Dina, Marsha, Lil Z – Damai“
Untuk Maxis Dail *131*141678# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0070254 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 67506 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 172036 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Afgan – PadaMu Ku Bersujud“
Untuk Maxis Dail *131*105524# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0051068 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 54883 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 112202 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Dayang – Ku Temu Cahaya“
Untuk Maxis Dail *131*155292# tekan “CALL“
Untuk Digi Sms CT 0078405 hantar ke 2000
Untuk Celcom Sms CMT 71843 hantar ke 22990
Untuk Umobile Sms CT 200340 hantar ke 28118
Popularity: 1%
Monday 4:43 pm, 12th April 2010
Lagu dalam Cerekarama TV3 – Tiupan Sangkakala ditulis oleh Metamobile 3 Komen

Siapa tengok Cerekarama minggu lepas? Tiupan Sangkakala lakonan Eman Manan, Rita Rudaini, Dato’ Ahmad Tarmimi dan Dian P Ramlee. Kisah seorang isteri yang menggunakan “mandrem” terhadap suaminya. Siap kene sepak lagi.
Siapa perasan lagu yang dimainkan dalam telemovie ini? Lagu yang pertama adalah Padamu Ku Bersujud nyanyian Afgan dan Mengaku Kalah nyanyian Imran Ajmain. Suka lagu ini? Ingin muat turun lagu ini? Kami TIDAK menyediakan muat turun MP3 lagu ini, tapi kami menyediakan muat turun Nada Dering Pemanggil (secara sah dan halal)
Sila Muat Turun di bawah.
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Imran Ajmain – Mengaku Kalah”
Maxis – Dail *131*131428# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0062833 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 63363 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 154994 hantar ke 28118
Muatturun Nada Dering Pemanggil “Afgan – PadaMu Ku Bersujud”
Maxis – Dail *131*105524# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0051068 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 54883 hantar ke 22990
Umobile – Sms CT 112202 hantar ke 28118
Popularity: 2%
Wednesday 6:34 pm, 22nd July 2009
Tahniah! Afgan – Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik APM 2009 ditulis oleh Metamobile none Komen
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=jZMnRvg9NTw]
Popularity: 3%
Monday 2:15 pm, 20th July 2009
Metastarz News: Afgan ditulis oleh Metamobile 2 Komen
[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=KweVya5H0nI]
Popularity: 2%
Monday 6:33 pm, 13th July 2009
Peminat setia kawan – Z! Berita Harian ditulis oleh Metamobile 2 Komen

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta berasakan Malaysia semakin dekat di hatinya
LAGU Terima Kasih Cinta membawanya terbang ke Malaysia. Dia mencipta populariti segera apabila berpeluang mempromosikan album sulung, Confession No 1, pada November tahun tahun lalu. Laluannya melebarkan jenama di Malaysia dilihat begitu mudah apabila syarikat tempatan, Metadome Sdn Bhd bersedia memenuhi apa yang diingini jejaka berusia 20 tahun ini.
Pertengahan Jun lalu, pemilik bernama penuh Afgan Syah Reza ini kembali lagi ke Malaysia kerana terbabit dengan konsert Inspirasi TV3 bersempena sambutan 25 tahun stesen TV itu. Kesempatan itu turut dimanfaatkan Metadome dengan mengaturkan sesi fotografi bersama rakan media di Malaysia.
Dari pagi hingga ke petang, sebelum bergegas ke Dataran Merdeka untuk membuat persembahan di konsert itu, anak muda itu harus melakukan beberapa siri beraksi seperti yang diaturkan. Jelas kelihatan di wajahnya, dia memang sedikit keletihan kerana perlu menukar pakaian beberapa kali.
Sambil berseloroh, anak kedua daripada empat beradik itu tanpa segan silu menyebut perkataan gendut merujuk kepada perutnya yang agak buncit.
“Saya harus berterima kasih kepada Metadome yang menjadi jambatan menghubungkan saya dan peminat di Malaysia. Pendek kata, urusan saya di Malaysia banyak dipermudahkan oleh mereka. Oh, maaf ya, saya memang kuat makan sebab itu semakin gendut,†usiknya di awal pertemuan bersama Hip di sebuah hotel di ibu negara.

Afgan
Mengimbas kembali susur galur perjalanannya di awal pembabitan, akuinya dia memang seorang yang sangat gementar dan takut untuk berdepan dengan orang ramai. Menyedari sedikit bakat nyanyian yang ada, namun tidak sesekali dia menyertai sebarang pertandingan nyanyian di negara kelahirannya.
Keajaiban datang tanpa disedari pada tahun 2007. Ketika itu, dia hanya menyanyi suka-suka di pusat karaoke, Wannab di Pondok Indah, Jakarta.
“Kebetulan pemilik premis karaoke, Echie Djamalus menyapa saya untuk menawarkan peluang membikin album. Dengan satu sapaan, ia merubah hidup saya. Sekarang, saya harus bersyukur untuk semua itu. Kerana sokongan, aura dan tenaga peminat juga, saya terus ampuh berdiri melenyapkan perasaan gementar yang ada sebelum ini.
“Echie kini juga sudah menjadi pengurus saya,†jelasnya.
Hati peminat kena jaga
BERCAKAP mengenai peminat, Afgan berkata, dia memang sangat menghargai sokongan daripada mereka.
Katanya, mana-mana artis itu pun mempraktikkan cara yang sama iaitu menjaga hubungan baik dengan peminat. Selain itu, apa yang penting ialah mengetengahkan material lagu yang bukan sekadar tangkap muat.
“Saya juga sering berkomunikasi dengan peminat di pejabat terletak di Pondok Indah. Ada masa kami akan berjumpa dan selalu bersembang. Saya selalu melayan peminat seperti kawan.
“Begitu sebaliknya. Malah, yang selalu berjumpa saya inilah yang tidak ketinggalan mengikuti siri persembahan dan promosi saya di Indonesia,†katanya yang kemungkinan akan terbabit dengan sebuah konsert di Malaysia Ogos depan.
Selepas meledak dengan album pertamanya sehingga namanya tercalon dalam enam kategori di Anugerah Planet Muzik 2009 yang bakal berlangsung di Jakarta, pelajar jurusan perniagaan itu juga sedang dalam rangka menyudahkan proses rakaman album keduanya.
Berlainan dengan album pertama yang mana dia hanya menyumbang suara semata-mata, tetapi tidak lagi untuk album seterusnya kerana penyanyi yang cenderung kepada muzik jazz ini mahu terbabit secara langsung dalam beberapa aspek.
“Tumpuan saya kini banyak kepada pembikinan album kedua. Setakat ini 40 peratus siap. Dengan pengalaman yang saya timba selama dua tahun di dalam dunia seni, saya banyak belajar.
“Maka dengan itu, untuk album terbaru, saya turut memberi idea dan pendapat dalam soal konsep, susunan muzik dan pemilihan material. Album ini dijangka di pasaran September ini,†katanya yang turut menanti sebuah lagu ciptaan idolanya, Glenn Fredly.
Anak kepada Lola Purnama dan Loyd Yahya ini turut berjinak-jinak mencipta lagu sendiri. Menurutnya, ketika ini sekadar melodi yang terbayang tetapi lirik belum ada lagi. Sebagaimana kurang keyakinannya untuk mencipta lagu, begitu juga perasaan yang dirasainya untuk melebarkan sayap sebagai pelakon pula.
Selepas muncul dengan single Padamu Ku Bersujud, dia sekali lagi muncul dengan lagu runut bunyi filem Bukan Cinta Biasa yang menggunakan judul yang sama. Bahkan, dia turut muncul sebagai cameo di dalam filem itu.
“Sebenarnya saya memang belum yakin untuk bergelar pelakon. Tapi insya-Allah, saya akan berlakon dalam sebuah filem tahun ini. Judulnya masih rahsia. Tunggu saja perkembangannya ya,†katanya yang ada menerima tawaran berlakon drama, namun ditolak dengan alasan berlakon drama memenatkan.
Info Afgan
# Sejak bergelar penyanyi, dia mula menggunakan wang sendiri. Sebelum ini, ibunya tersayang membiayai perbelanjaan peribadinya.
# Ikut mood semasa berbelanja dan tidak mementingkan jenama asalkan barangan yang disukai itu menarik dan sesuai dengan imejnya.
# Jenama kegemaran seperti Zara dan Topman
# Enam kategori yang menyenaraikan Afgan di Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 ialah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu, Artis Lelaki Terbaik, Lagu Terbaik (Terima Kasih Cinta), Album Terbaik dan dua kategori selebihnya adalah berdasarkan undian SMS iaitu Artis Indonesia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular.
# Impian terdekat, ingin berjaya di dalam pengajiannya dan menganjurkan konsert solo buat peminat tersayang.
Sepintas Afgan
Afgan: Tidak tetap pendirian, sering berubah-ubah dalam soal membuat atau mengambil keputusan.
Industri hiburan di Indonesia: Kadang-kadang kita perlu membataskan kreativiti dan idealisme demi kepentingan pasaran muzik yang sedia ada.
Kasih sayang: Paling penting, menjadi pelengkap mencakupi setiap aspek dalam kehidupan.
10 tahun lagi: Sudah berkahwin, mempunyai anak dan pastinya masih menyanyi serta memiliki perniagaan sendiri.
Profil
Nama Penuh: Afgan Syah Reza
Tempat/Tarikh Lahir: Jakarta/27 Mei 1989
Umur: 20 tahun
Adik beradik: Anak kedua daripada empat bersaudara pasangan Lola Purnama dan Loyd Yahya
Album: Confession No.1 dipasarkan Januari 2008. Album yang diisi dengan 13 lagu ini kental dipengaruhi pop, soul, R&B, dan jazz
Laman web: www.afgan.wannab.com
Popularity: 2%


