Thursday 5:02 pm, 19th November 2009
Pelancaran Album Liyana Jasmay ditulis oleh Metamobile

Liyana Jasmay muncul dengan single pertama “Aku Tak Percaya Cinta†sebagai langkah permulaan bergelar penyanyi. Lagu yang bercorak pop rock alternative ini mudah menangkap halwa telinga pendengar dan menjadi lagu pengenalan kepada peminatnya. Ternyata lagu ini membawa tuah kepada Liyana Jasmay apabila diterima baik oleh pendengar-pendengar muzik tanah air.
Untuk single yang kedua, “Aku Jatuh Cinta†muncul, hasil ciptaan sepenuh daripada Ajai ini mengukuhkan lagi nama Liyana Jasmay. Lagu- lagu lain yang terdapat didalam album ini ialah “Kejamâ€, “Penyelamat Cinta†dan “Pelikâ€. Menarik mengenai album ini juga, Liyana Jasmay berduet bersama Aizat Amdan melalui lagu “Penyelamat Cinta†dimana lagu ini dicipta oleh Aizat dan lirik ditulis oleh Liyana sendiri.

Liyana Jasmay berasa amat bertuah kerana lagunya mudah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pendengar-pendengar radio tempatan. Walaupun menerima kritikan hebat namun tidak mematahkan semangatnya untuk bergelar penyanyi.
Memetik kata-katanya sewaktu ditemu bual oleh media suatu ketika dulu “Nana percaya ada diatara mereka diluar Nana tidak suka saya berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan mula mengkritik cara nyanyian Nana. Tipulah kalau Nana tidak berasa hati kerana sebagai manusia biasa, Nana juga mempunyai perasaan. Tapi kalau Nana sedih pun tidak lama, selepas itu Nana jadikan semua kata-kata itu sebagai sesuatu yang positifâ€.
Tambahnya lagi “Nana menyanyi sebab nak buka peluang baru supaya dapat mendekatkan diri dengan peminat menerusi cara yang berbeza. Nana pun teringin nak berlakon filem bercorak muzikal yang memerlukan kekuatan dan keseimbangan nyanyian, tarian dan lakonan.

Album EP ini akan menemui peminat di seluruh Malaysia sekitar penghujung bulan November 2009. Harapan beliau agar album ini akan dapat menambat hati peminat-peminat beliau. Majlis pelancaran album EP- Liyana Jasmay berlangsung pada 18 November 2009, jam 3.00 petang,bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur. Album ini adalah terbitan Regal-Way Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Metadome Sdn Bhd sebagai jentera promosi.
Popularity: 2%
Posted: November 19th, 2009 under Liyana Jasmay.






















Trackback from Metamobile
Time 19 November 2009 at 5:38 PM
Blog Update: Pelancaran Album Liyana Jasmay http://bit.ly/3MbFjs